Belum Habis Ganti Puasa - Apa Perlu Buat?

EBiz Pro Website SolutionAs salam. Lebih kurang sepuluh hari saja lagi, ramadhan al-mubarak bakal kunjung tiba... Maknanya puasa yang ditinggalkan tahun lepas, Wajib diganti semula sebelum masuknya ramadan tahun ini... jika tidak, fidyah akan dikenakan...

Fidyah adalah denda yang dikenakan ke atas muslim yang meninggalkan puasa ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan ramadan tahun berikutnya.




Hukum Membayar Fidyah Adalah Wajib!

hukum bayar fidyah

Hukum membayar Fidyah adalah Wajib... tetapi tidak beerti kita tidak lagi perlu mengantikan puasa yang telah ditinggalkan... kerana puasa tersebut wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika bilangan hari itu telah melangkaui tahun ....kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Jadi segeralah membayar fidyah anda... sementara masih berbaki hari lagi. Jika mampu, boleh gantikan semua hari yang ditinggalkan itu.

Fidyah dari istilah ith'am bermaksud memberi makan. Iaitu memberi makan orang miskin dengan kadar satu mudd (cupak) beras atau apa-apa jenis berupa makanan asasi sesebuah negeri itu. Satu mudd itu bersamaan 15 tahil (566.85 gram) untuk sehari puasa yang ditinggalkan, atau boleh diganti kepada nilai beras pada harga pasaran.

hukum bayar fidyah

Bayaran fidyah ini boleh diserahkan terus kepada orang miskin, mahu pun di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah ini.

Mereka Yang Dikenakan Fidyah...
  1. Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie ( musafir, haid atau nifas atau wiladah ), sakit yang ada harapan sembuh. Wajib Qada' puasa sebelum datangnya ramadan tahun berikutnya, sekiranya dia tidak mengantikannya, maka dia wajib qada' puasa dan membayar fidyah.
  2. Orang  yang sakit yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa. Mereka ini tidak wajib qada' puasa tetapi wajib membayar fidyah pada tahun tersebut.
  3. Perempuan yang hamil yang meninggalkan puasa ramadan sebab takut mudarat anak dalam perut sedang tadak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’.
  4. Perempuan meninggalkan puasa ramadan sebab takut mudarat anak dengan sebab kurang susu tetapi tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’
  5. Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya. Tanggungjawab membayar fidyah si mati dilaksanakan oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan
Untuk lebih memahami... anda boleh rujuk - Fidyah, MAIWP.

Hmm.. harap perkongsian ini memberi manfaat kepada yang kurang faham mengenai fidyah ini. Ingat ye... hukum bayar fidyah ini wajib bagi mereka yang meninggalkan puasa... kalau rasa khuatri dengan timbangan anda... lebih baik membayar lebih...


0 Komentar untuk "Belum Habis Ganti Puasa - Apa Perlu Buat?"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info