JPJ Mengeluarkan Kod Etika Pemakaian Bagi Pelawat

Masih ingat tak... pada perkongsian status yang menjadi viral sebelum ini, seorang wanita dipaksa memakai kain batik sewaktu berurusan dengan pihak JPJ. Dia diarah berbuat begitu atas sebab melanggar etika pemakaian bagi pelawat semasa membuat urusan di premis tersebut.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi laman facebook rasminya, mengeluarkan satu peraturan atau kod etika pemakaian bagi pelawat yang memasuki premis dan pejabat JPJ di seluruh Malaysia. Menerusi kod etika itu, mana-mana pelawat yang tidak mematuhi peraturan, tidak akan dibenarkan memasuki pejabat JPJ.

JPJ Kod Etika Pemakaian Bagi Pelawat

kod etika pemakaian pelawat -JPJ

Pelawat dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu memakai pakaian yang sopan, tidak terlalu mendedahkan tubuh atau menjolok mata sewaktu membuat urusan di pejabat.

Sehubungan dengan itu, kod etika pemakaian pelawat ini selaras dengan prinsip Rukun Negara Kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.

Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. -JPJ

Pada pandangan aku, etika pemakaian bagi pelawat bukan hanya perlu diikuti ketika memasuki premis atau pejabat JPJ Malaysia sahaja. Tetapi kesemua jabatan kerajaan atau kerajaan tempatan pun ada kod etika pemakaian ini, tak ketinggalan juga bank-bank dan juga klinik kesihatan.

Tetapi apa yang aku lihat, kebanyakkan yang datang membuat urusan, memakai pakaian mengikut keselesaan diri tanpa memikirkan keselesaan orang lain. Bukan susah pun nak patuhi kod etika ini, kalau pakai skirt... biarlah di bawah paras lutut dan berkasut. Mudah saja kan....

Kod etika pemakaian ni sebenarnya bagus... untuk melatih masyarakat tampil kemas, sopan, bersih dan sesuai dengan amalan masyarakat Malaysia.. tak begitu.



1 Komentar untuk "JPJ Mengeluarkan Kod Etika Pemakaian Bagi Pelawat"

silalah patuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info