
Mana ada orang nak berikan kita duit sebanyak ini tanpa perlu keluarkan modal. Inilah taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengaburi mata "pemenang palsu". Kononnya anda berjaya menang cabutan bertuah wang tunai dari syarikat besar. Sedangkan anda sendiri pun tak pernah isi borang atau guna produk kat syarikat tersebut. Bagaimana pula boleh menang hadiah sebanyak ini?
Menang Cabutan Bertuah RM30,000 Dari Shell
Hoho... tergelak aku dibuatnya. Kalau iya pun nak menipu, bahasa melayu tu biar fasih. Tak pun guna saja bahasa inggeris, kan mudah.
Daripada sumber yang aku dapat. Sindikat ini kebanyakkan warga asing terutamanya Indonesia. Dengan mambuat tawaran hadiah palsu dengan mendakwa kononnya mereka ini daripada syarikat besar seperti Celcom, Shell, Petronas, Astro, Mybank, Power Root, Maxis dan juga Digi. Setelah mangsa tadi menelefon nomber yang tertera, mereka akan meminta mangsa untuk transfer wang dari akaun milik mangsa kepada akaun yang akan mereka berikan nanti.
Hah... sambil membuta tuli saja anda perbodohkan. Jangan terlalu teruja untuk mendapatkan wang dengan cara mudah, silap hari bulan anda yang terpadaya. Jadi berhati-hati...
Terima kasih kerana membaca - Menang cabutan bertuah RM30,000 dari Shell
1 Komentar untuk "Menang Cabutan Bertuah RM30,000 Dari Shell"
hahaaaa... agak2 terkedu tak mereka yang baca apa yg direplay kan tu...
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.