AirAsia Tambang Serendah RM8 Sempena Ramadan

Wow... murah giler. Mana nak dapat tiket penerbangan yang serendah ini, jadi gunakan kesempatan yang disediakan ini sebaik mungkin. Kalau lambat nanti menyesal, rugi taw. Okep. Bagi yang belum tahu, di sini aku kongsi satu tawaran hebat oleh syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menawarkan tambang serendah RM8 sehala. Ianya dikhaskan untuk penerbangan ke destinasi domestik bersempena dengan sambutan ramadan yang bakal kunjung tiba tak lama lagi.

Oh ya... tawaran ini dibuka selama satu bulan, bermula dari 15 Jun sehingga la 15 Julai 2015. Servis yang diberikan oleh syarikat penerbangan AirAsia setakat ini memang sangat puas hati, malah dari segi produk dan perkhidmatan mesra pengguna aku boleh berikan 4 bintang daripada 5 bintang.

AirAsia Tambang Serendah RM8 Sempena Ramadan

AirAsia Tambang Serendah RM8 Sempena Ramadan

Promosi Istimewa Tambang Rendah AirAsia

Untuk destinasi Indonesia dan Brunei juga termasuk dalam promosi istimewa ini dengan tambang hanya RM59 sehala. Promosi ini boleh didapati untuk tempahan di laman AirAsia.com bermula 1 hingga 7 Jun 2015 dan anda juga boleh menempah melalui applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan peranti android serta laman mobile.airasia.com.

Buka itu saja, AirAsia X selaku syarikat penerbangan jarak jauh di bawah Kumpulan AirAsia turut menawarkan tambang promosi bermula dari RM299 sehala ke pelbagai destinasi menarik di Jepun, Taiwan dan Australia bersempena Ramadan. Wah.... yang nak rasa berbuka di Australia boleh la buat tempahan tiket awal ye... Hehe.

Dan tempoh tempahan juga bermula dari 1 hingga 7 Jun tetapi dengan tempoh perjalanan yang lebih panjang dari 2 Jun hingga 30 September 2015.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee dalam kenyataan sama berkata, Ramadan adalah bulan di mana orang ramai bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri dan tambang istimewa itu dapat membantu mereka merancang perjalanan. Bila ditanya bagaimana pula dengan penerbangan ekstra semasa Hari Raya?

jawapnya, "Kami sedang membuat pelan dan semestinya tambang rendah setiap hari kami terus tersedia semasa musim perayaan".

Ada tak tambang murah untuk ke Korea... krik...krik..

Terima kasih kerana membaca - AirAsia tambang serendah RM8 sempena raya.

1 Komentar untuk "AirAsia Tambang Serendah RM8 Sempena Ramadan"

wah murahnya...
Huhuuu agak2 ada tak tambang murah dari kl ke tganu... :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info