Luahan sayu bekas pekerja MAS buat anak jadi viral. Difahamkan sebanyak 6,000 ribu kakitangan penerbangan MAS (Malaysia Airlines) diberhentikan secara berperingkat dalam masa setahun dengan bayaran pampasan sebagai ganti rugi. Tujuannya adalah untuk penyusunan semula selepas berlakunya tragedi yang melibatkan penerbangan MAS menjadi berita hangat di ruang akhbar.
Namun begitu, bayangkan nasib mereka yang diberhentikan ini setelah sekian lama mencari rezeki dengan pekerjaan ini. Untuk mendapatkan kerjaya yang baru bukanlah sesuatu yang mudah, sedangkan banyak lagi sedang bersaing mengisi kekosongan yang ada.
Luahan Sayu Bekas Pekerja MAS Buat Anak Jadi Viral
Ada yang menyambut baik keputusan Malaysia Airline Berhad (MAB), ada juga yang mengeluh dan sayu apabila mengenangkan ramadan dan lebaran yang bakal tiba nanti.
Luahan sayu " Maafkan papa dan mama, Zayani"
"Zayani,
Hari ini pukul 11.30 pagi, ayah dan mama kena buang kerja. Ayah dan mama lepas ini bukan lagi kerja repair kapal terbang MAS.
Ayah dan mama minta maaf dekat Zyana, sebab selama ini kami banyak habiskan masa di tempat kerja. Hujung minggu pun ayah dan mama hantar awak pergi taska sebab kami pergi kerja.
Dulu ingatkan kalau kerja sungguh-sungguh, company sayangkan ayah dan mama. Rupanya bukan macam yang kami fikir.
Lepas ini ayah dan mama akan luangkan lebih masa untuk Zayani. Doakan ayah dan mama dapat kerja lain, yang banyak masa untuk kita bersama.
InsyaAllah, ayah dan mama yakin perancangan Allah itu yang terbaik. Love you anak."
Demikianlah luahan seorang ayah kepada anaknya... Mengenangkan nasib anaknya, apabila kedua-dua ibu bapa anak kecil ini diberhentikan kerja. Hurmmm....

1 Komentar untuk "Luahan Sayu Bekas Pekerja MAS Buat Anak Jadi Viral"
Dua-dua diberhentikan... sayu hati bila mengenangkan anak2 yang sedang membesar. Dah lah dgn keadaan skrg yg susah nak dpt kerja. Semoga dipermudahkan semuanya..
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.