Pakej Beli Rumah Dapat Tuan Rumah

Pakej beli rumah dapat tuan rumah. Masih ingat lagi tak cerita seorang wanita berusia 40 tahun yang menjadi viral di laman sosial. Dia menjual rumah atas sebab nazar ibunya sekali gus mencari calon suami kerna tidak mahu pindah dari kediaman itu.

Kini seorang lagi janda anak satu turut membuat iklan sedemikian. Indira Astaria yang berusia 37 tahun, merupakan bekas model berhasrat untuk menjual rumah miliknya dengan harga Rp1.7 juta (RM471,628). Tetapi jika ada pembeli yang sesuai dan dia tidak kisah untuk berkahwin dengannya. Sebabnya dia sudah 15 tahu menjanda dan mempunyai seorang anak.

Pakej Beli Rumah Dapat Tuan Rumah
Pakej Beli Rumah Dapat Tuan Rumah
Jual Rumah Untuk Perniagaan

Kata Indira, sejak berpisah dengan suaminya. Dia membesarkan anaknya dengan menjadi seorang model dan turut berniaga pakaian dan makanan demi menampung keperluan hariannya.

Dia menjual rumah itu kerana mahu dijadikan modal untuk mengembangkan perniagaannya selain untuk membiayai pengajian anaknya.

Sejak iklan itu dibuat melalui surat khabar minggu lalu, ramai yang menghubunginya bertanyakan berkenaan jualan rumahn dan juga dirinya, termasuklah pembeli dari luar negara seperti Singapura.

Lepas ini, pasti akan ada lagi yang turut berbuat demikian. Tak ada salah pun sebenarnya, sekurang dia dapat mencari tempat bergantung untuk diri dan anaknya. - MyMetro.

Terima kasih keran amembaca.
2 Komentar untuk "Pakej Beli Rumah Dapat Tuan Rumah"

errr tapi dah ibarat macam menjual diri pun yer ni...

Memang lajulah si pembeli nak membeli rumah. Siap package isteri tu..haha

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info