Novel Jodohku Gadis Kampung Nieya Jalies

Novel jodohku gadis kampung karya Nieya Jalies merupakan novel terbaru keluaran June 2015. Buat kaki novel yang mahu tambah koleksi novel, rebutlah peluang yang ada ini. Aku difahamkan bahawa novel setebal 616 muka surat ini dijual dengan harga RM21 untuk Semenanjung serta RM24 untuk Sabah dan Serawak. Untuk pembelian secara atas talian, sila rujuk laman Kaki Novel.

Fenomena sekarang ini, kebanyakkan drama TV diadaptasikan daripada novel, sedikit sebanyak mendatangkan sumber rezeki buat mereka yang minat berkarya. Bukan mudah untuk terbitkan sebuah novel, perlukan masa, ketajaman minda serta memerlukan bayangan yang kuat untuk jalan cerita yang menarik. Huh! bunyi macam sukar juga tu... patutlah aku bukan penulis novel tapi blogger separuh masa. Hehe

Novel Jodohku Gadis Kampung Nieya Jalies

Sedikit sinopsis berkaitan novel Jodohku Gadis Kampung.
Novel Jodohku Gadis Kampung Nieya Jalies

Sinopsis Novel Jodohku Gadis Kampung

Salahkah dilahirkan sebagai seorang perempuan? Ayah kandung yang diharapkan dapat menumpang kasih, sedari awal telah meletakkan dirinya di tempat yang paling hina. Buat baik dianggap salah, tersilap sedikit hinaan dan makian yang diterima.

“Kalau kau hidup asyik nak menyusahkan orang lebih baik kau mati.” – Pak Latep

Biarpun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah, Aufa sama sekali tidak menyalahkan takdir Tuhan kerana di sisinya hadir insan-insan yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan untuk meneruskan hidup seperti ‘anak yatim’ tanpa kerelaannya sendiri.

Kehidupan mereka pada mulanya selesa kerana kakak kandungnya, Afiqah yang menyara mereka sekeluarga. Tetapi apabila kacang sudah lupakan kulit, Aufa terdesak!

Atas desakan itu, telah menemukan Aufa dengan Syed Al-Hadeef. Majikan yang bermurah hati ingin

membantunya. Dan kerana sebaris nama ini jugalah, Aufa mula kenal erti cinta, Aufa mula rasa apa itu rindu. Malangnya, masih ada sangsi di hati Aufa apabila memikirkan usianya yang masih muda untuk berumah tangga sehinggalah lelaki itu membuktikan kesungguhannya.

“Kalau tak ada apa-apa halangan abang nak hantar rombongan meminang ke rumah Aufa hujung bulan ni. Boleh?” – Hadeef

Baru ingin merasai nikmat bahagia, rumah tangga yang baru dibina musnah begitu sahaja. Harapan yang diletakkan pada si suami hancur bersama deraian air mata. Apa salahnya? Apa dosanya? Kau pergi meninggalkan diri ini terkontang-kanting menanggung hinaan orang sekeliling.

“Aufa, kamu dah mengandung ke belum? Kalau belum selamatlah. Kalau sudah kena cari pak sangguplah jawabnya.”

Di manakah bahagia yang dicari selama ini? Adakah dia dilahirkan hanya sekadar untuk merasa derita?

“Ku pegang erat ikatan ini, demi meniti titian syurgawi….”

Novel Jodohku Gadis Kampung Nieya Jalies

Siapa dah baca novel ini? Nanti boleh kongsi sedikit komen anda untuk tantapan yang lain. Difahamkan sesi order dengan tandatangan penulis itu sudah pun berakhir 29 Mei yang lepas. Dan sekarang novel ini sudah pun mula dijual di kedai-kedai buku.

Jangan lepaskan peluang, takut habis pula stok nanti. Merana diri.

Terima kasih kerana membaca - Novel Jodohku Gadis Kampung Nieya Jalies


0 Komentar untuk "Novel Jodohku Gadis Kampung Nieya Jalies"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info