Udang Tiruan Cha Kuey Teow Bayan Lepas

Udang tiruan cha kuey teow Bayan Lepas. Aiesyyyyh... sekarang ini semua benda nak dipalsu kan. Kalau dulu riuh pasal telur tiruan, lepas itu tersebar pula pembuatan milo tiruan dan yang terkini kes beras tiruan yang diperbuat daripada bahan plastik... Itulah perlakuan tidak bertanggungjawap sesetengah pihak yang mahu mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda dari hasil penipuan...

Semasa aku tengah scroll facebook tadi, terpana aku pada satu post bergambar dari page Penang Kini tentang wujudnya udang tiruan di Pekaka Sungai Dua, Bayan Lepas dan juga Gurney. Hmm.. apakah benar apa yang dikongsikan oleh admin page ini...

Udang Tiruan Cha Kuey Teow Bayan Lepas

Udang Tiruan Cha Kuey Teow Bayan Lepas

Cuba andaikan ... jika ianya benar dan betul wujudnya udang palsu yang dimasak bersama makanan anda... dan kuantitinya dalam makanan lebih banyak.. mungkin juga lebih besar. Bayangkan. Tiada lagi kos ternakan udang dalam kolam... kos belian udang di jeti... Wahh! besarkan keuntungan yang mereka perolehi daripada tindakan pemalsuan ini kan.. kan..?

Tapi diharapkan ianya adalah tidak benar. Kuantitinya memang lumayan, tapi kualiti boleh membahayakan nyawa mereka yang tidak bersalah. Tak gitu... kita ni sebagai pengguna perlu bijak dan berilmu paling tidak pun baca sikit info terkini berkaitan masalah sekeliling. Sekurangnya tahu juga.. membezakan mana yang betul dan yang palsu kan...

Terima kasih kerana membaca - Udang tiruan cha kuey teow Bayan Lepas

1 Komentar untuk "Udang Tiruan Cha Kuey Teow Bayan Lepas"

rasa dia mesti x seori rasa udang original

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info