Sinopsis Drama MAID 13 Episode di Astro Ria

Drama MAID di Astro merupakan drama terbaru juga adaptasi novel yang mengantikan drama isteri separuh masa. Memandangkan drama rindu awak 200% pernah mencipta fenomena tahun lepas, maka drama terbaru Astro Ria ini menampilkan semula gandingan dua pelakon hebat tanah air iaitu Zul Ariffin dan Ayda Jebat selaku watak utama.

Drama 13 episode ini bakal ditayangkan bermula 15 Jun 2015, iaitu setiap Isnin - Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). Antara barisan pelakon yang turut menjayakan drama ini adalah Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Mak Wan dan Hefny Sahad dan ramai lagi.

Drama M.A.I.D di Astro Ria dan Maya HD

Sinopsis Drama MAID 13 Episode di Astro Ria

Jika anda seorang pencinta novel dan drama adaptasi... pastinya anda sudah tahu bahawa penulis novel bagi drama ini adalah orang yang sama menulis untuk novel isteri separuh masa iaitu Suri Ryana. Dijadikan sebuah drama dari arahan Michael And dan terbitan Darkwave Pictures...

Sinopsis Drama MAID 13 Episode di Astro Ria

Sinopsis Drama MAID 13 Episode di Astro Ria

Drama Maid mengisahkan Noorul berkeja sebagai pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki kacak, Harris Tan Sri Hamdan. Harris sangat cerewet sehinggakan Noorul menggelarkannya sebagai Mr. F (fussy). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji.

Harris suka mengarah Noorul dengan meninggalkan nota di setiap ceruk rumahnya serta suka menengking. Harris kemudian menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani. Ini merupakan masalah besar buat Noorul kerana dia tidak tahu masak. Oleh itu dia menghadiri kelas masakan dengan Chef Aidil. Setelah lama berkerja dengan Harris, Noorul dalam diam mula jatuh hati terhadap majikannya.

Tiba-tiba sahaja Noorul dan Harris difitnah dan terpaksa dinikahkan untuk menjaga nama baik serta reputasi bisnes keluarga Harris. Noorul tidak yakin sama ada Harris boleh menerimanya sebagai isteri kerana dia hanya orang gaji. Dalam masa yang sama, mereka tertanya-tanya siapakan dalang disebalik menyebaran fitnah ini.

Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Harris melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Harris? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Harris pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar? - Krdt Nikkhazami

Bagi yang terlepas menonton setiap episode drama Maid... boleh tonton semula secara online menerusi laman ini - Drama Maid episode penuh.

Macam mana drama Maid episode malam ini.... permulaan yang agak menarik kan? Selamat menonton.

0 Komentar untuk "Sinopsis Drama MAID 13 Episode di Astro Ria"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info