Cara Semak Original Oppo Smartphone

Cara semak origainal Oppo smartphone. Sekarang ini tengah hangat mengenai isu pergaduhan di Plaza Lowyat. Khabarnya ia berpunca daripada pembelian Oppo smartphone yang bukan original sebaliknya clone Oppo sehingga mencetuskan pergaduhan antara pembeli dan penjual terbabit. Betul atau tidak.. itu saya kurang pasti.

Oppo merupakan smartphone keluaran Beijing China, yang mana mereka mengeluarkan OS mereka sendiri. Mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2014, peranti utama untuk pengenalan ketika itu adalah Oppo N1 dengan sokongan CyanogenMod serta kamera yang boleh dipusing ke hadapan dan ke belakang. Huh! masa tu semua terkejar-kejar mahu membeli Oppo Smartphone... keluaran terbaru katanya.

Cara Semak Original Oppo Smartphone

Cara Semak Original Oppo Smartphone

Sekarang ini.. ada pelbagai keluaran terkini Oppo Smartphone mengikut tren semasa.. ada yang skrin besar.. skrin kecil.. nak tebal atau nipis.. hmm. macam-macam juga laa. Tak sempat saya nak kejar, alih-alih saya guna Lenovo saja laa..

Diingatkan, semasa anda mahu membuat keputusan untuk membeli mana-mana smartphone Oppo atau apa saja smartphone.. cuba semak dulu ketulenan peranti tersebut sama ada original atau smartphone clone. Hmm... rugi juga andai anda bayar mahal-mahal tertiba dapat tahu telefon clone.

Okep. tips ini dikongsikan daripada blog PanduanMalaysia. Untuk mendapatkan pengesahan ketulenan Oppo smartphone, sila ikuti langkah ini :

Cara semak ketulenan Oppo Smartphone
  1. Dapatkan nombor IMEI Oppo ( Dail *#06#) to retrieve
  2. Pergi ke pautan Oppo IMEI Checker
  3. Masukkan nombor IMEI itu tadi
Haa... mudah saja kan? Selamat mencuba.
 
0 Komentar untuk "Cara Semak Original Oppo Smartphone"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info