Pengacau Raya - Iklan Raya Dari BSN

Pengacau Raya - iklan Raya dari BSN. Hoho... terjumpa satu lagi iklan hari raya Aidilfitri kali ini datangnya dari Bank Simpanan Nasional (BSN). Lihat tajuk saja pun dah boleh agak TVC ini sememangnya menampilkan jalan cerita yang agak lucu.. berbanding iklan raya yang lain lebih berunsur keinsafan dan pengajaran.

Pengacau Raya mengisahkan seorang Muallaf bernama Aloysius Abdullah yang berkahwin dengan gadis berbangsa melayu yang cantik bernama Zaitun. Aloy ini adalah seorang yang dipanggil pengacau raya. Tahun ini merupakan tahun pertama Aloy menyambut Hari Raya Aidilfitri dan dia sangat teruja untuk meraikannya.

Pengacau Raya - Iklan Raya Dari BSN

Setibanya di kampung, Aloy punya la excited mahu mambantu bapak dan ibu mentuanya sehingga disuruhnya potong bunga Angerik dipotong pula bunga rose.. apatah lagi di dapur... dituangnya lebih ajinomoto ke dalam kuali. Azman (adik ipar Aloy) terlihat Aloy yang suka menjadi pengacau raya.. disuruhnya kacau dodoi sehingga tak menang tangan... haha..

Tonton Video Iklan Pengacau Raya Dari BSN


Akhirnya Aloy menjadi Pengacau Raya buat selama-lamanya... haha.. Amacam best tak? Berbeza dengan iklan raya yang lain lebih berunsur teladan dan cerita sebenar contohnya .. dari iklan raya Astro .. Herman mahu berjumpa bapanya.. sudah cukup membuatkan air mata penonton menitis.

Jadi, semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua.. Buang yang karuh ambillah yang jernih..

0 Komentar untuk "Pengacau Raya - Iklan Raya Dari BSN"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info