Tarikh Cuti Sekolah Sempena Aidilfitri 2015

Tarikh cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M. Saya difahamkan bahawa cuti sekolah bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri seluruh Malaysia sudah pun ditetapkan iaitu bermula pada 16 Julai sehingga 21 Julai 2015. Cuti sekolah ini ditentukan selama 6 hari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Namun, bagi tujuan keselesaan dan kemudahan kepada semua pihak untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 17 Julai 2015 (Jumaat), KPM bersetuju untuk memberikan peristiwa pada 16 Julai 2015 (Rabu). Jadi semua semua Pengetua dan Guru Besar perlu mengemukakan permohonan cuti berganti dan cuti peristiwa kepada Pendaftar masing-masing.

Kalendar Cuti Umum Persekolahan Malaysia - Singapore 2015

Tarikh Cuti Sekolah Sempena Aidilfitri 2015

Tarikh Cuti Sekolah Sempena Aidilfitri 2015

Cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri bermula pada 16 Julai iaitu Khamis merupakan cuti peristiwa yang telah ditetapkan oleh pihak KPM manakala 20 sehingga 21 Julai adalah cuti perayaan Aidilfitri. Ini bermakna cuti peristiwa merupakan cuti yang perlu diganti oleh sekolah-sekolah tersebut.

Tarikh Cuti Sekolah Sempena Aidilfitri 2015

Tetapi menurut surat pekeliling baru yang diedarkan, cuti peristiwa pada 16 Julai tidak perlu diganti oleh sekolah-sekolah Malaysia. Sebaliknya, pihak KPM memaklumkan bersetuju memberikan kemudahan cuti berganti pada 15 Julai 2015 tertakluk atas budi bicara pihak sekolah.

Surat Pekeliling Terkini - Cuti berganti pada 15 Julai

Nampaknya cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 agak panjang iaitu 7 Hari. Ada juga sesetengah sekolah yang mula bercuti pada 13 Julai iaitu tertakluk pada pihak sekolah sendiri. Bila banyak sangat cuti, banyak pula yang kena ganti nanti...

Agak panjang cuti sekolah kali ini, jadi bolehlah ibu bapa merancang percutian yang sempurna bersama-sama keluarga...

Apa pun.. berhati-hati ketika pulang ke kampung.

0 Komentar untuk "Tarikh Cuti Sekolah Sempena Aidilfitri 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info