Hoho... berita baik buat mereka yang mahu pulang ke kampung dengan menaiki pengangkutan awam. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia sudah pun memiliki kereta api laju elektrik buatan Korea Selatan yang mempunyai enam gedabak akan mula beroperasi pada Jumaat ini (esok), 10 Julai 2015.
Perkhidmatan kereta api laju ini akan berulang alik dua kali sehari dari Kuala Lumpur ke Utara tanah air iaitu KL ke Padang Besar (stesen terakhir) dengan harga tambang sebanyak RM81. Memang sesuai sangatlah memandangkan musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma kurang dari seminggu saja lagi.. Semua warga kota sudah berpusu-pusu untuk pulang ke kampung.
Perkhidmatan Kereta Api Laju KL - Padang Besar Beroperasi Esok
Berikut adalah ulasan lanjut berkenaan perkhidmatan kereta api laju dari KL ke Padang Besar yang akan mula beroperasi esok.
Perkhidmatan kereta api laju ini dilihat akan lebih menjimatkan masa, berbanding menaiki bas yang agak terdedah dengan kesesakan serta masa yang terlalu lama untuk sampai ke destinasi. Apa tidanya, jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang besar kurang dari satu jam.. Huh! cepat sangat!
Saya jangkakan ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik), pasti mendapat sambutan yang hangat. Mampu memuatkan 312 penumpang dalam satu perjalanan dan akan berhenti di setiap stesen utama.
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

KUALA KANGSAR: Operasi kereta api laju Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) antara Padang Besar ke Kuala Lumpur akan dimulakan pada Jumaat ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kereta api tersebut akan berulang alik dua kali sehari dan tambang yang dikenakan dari Kuala Lumpur Ke Padang Besar adalah sebanyak RM81.
"Kita hanya memiliki 10 kereta api ketika ini dan apabila jumlahnya meningkat, kekerapan ulang-alik akan bertambah," katanya.
Liow berkata, perkhidmatan itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM81 dan mengambil masa selama empat jam 45 minit untuk sampai ke destinasi.
"Kita telah mendapat kelulusan daripada SPAD untuk melakukan perkhidmatan ini. Masanya akan diumumkan nanti oleh pihak KTMB. Bagaimanapun perjalanan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan melalui 28 stesen.
"Pada masa hadapan, kita juga berharap dapat memberikan perkhidmatan komuter Sungai Siput-Kuala Kangsar-Ipoh-Kampar bagi penduduk yang duduk berhampiran Lembah Kinta," katanya sambil menambah tren ETS yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan.
Sementara itu, berhubung ETS baharu menghubungkan Ipoh dan Padang Besar, yang sepatutnya beroperasi pada awal Julai lepas, beliau berkata pihaknya sedang mendapatkan kelulusan daripada pihak SPAD. -mStar Online.
Perkhidmatan kereta api laju ini dilihat akan lebih menjimatkan masa, berbanding menaiki bas yang agak terdedah dengan kesesakan serta masa yang terlalu lama untuk sampai ke destinasi. Apa tidanya, jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang besar kurang dari satu jam.. Huh! cepat sangat!
Saya jangkakan ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik), pasti mendapat sambutan yang hangat. Mampu memuatkan 312 penumpang dalam satu perjalanan dan akan berhenti di setiap stesen utama.
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
9 Komentar untuk "Perkhidmatan Kereta Api Laju KL - Padang Besar Beroperasi Esok"
best dan beruntung orang utara, hopefully lepas ni ada perkhidmatan Ets ke pantai timur ...
www.mamahusna.com
Wah seronoknye. Dulu masa study kat arau, nak balik n9 selalu guna ketapi. Tapi makan masa perjalanan dari Arau - KL 12 jam. Tapi seronok naik tren balik jauh sebab ada katil dan tandas..
Laa Jia belajar kat Arau ka? Tak bagitaw pun kan....
InsyaAllah... coming soon mereka buat untuk ke pantai timur pulak ye kak. ^_^
pasni mesti sekali nk gi.. ets ipoh ke kl cik en pernah gi
dah lama say tak naik KTM... kalau naik pun nak ke mana. Hehe
Aah blaja arau dlu. Last kat sane pn bln 7, 2013. Blaja sane gak ke?
Saya memang orang perlis pun... cuma belajar je luar perlis. Hehe
Banyak banyak banyak Susah nak cari schedule nak tahu tambang nak booking satu jam pun tak jumpa mana page dapat booking.buatlah simple sikit perjalanan dari mana ke mana berapa tambang bila mahu booking macam air asia senang.KTM susah
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.