Cara Ubati Penyakit Kayap Secara Tradisional

Cara ubati penyakit kayap. Ia adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus Varicella-zoster (VZV) iaitu virus yang sama dengan penyakit chickenpox (demam campak). Penyakit kayapnya selalunya terjadi dibahagian yang belipat atau berpeluh seperti di bahagian ketiak, peha, leher dan sebagainya. Dari pengalaman saya menghidap penyakit kayap ini, ia sesuatu yang menyakitkan dan tak selesa. Tambah lagi bila mandi, ia akan berair dan terasa pedih.... hurmm. ambik masa juga nak hilang tu.

ubati penyakit kayap
Sumber google image

Varicella zoster juga merupakan sebahagian daripada kumpulan virus yang digelar sebagai virus herpes, ia termasuk virus yang menyebabkan jangkitan kelamin dan kudis sejuk. Pastinya anda tertanya-tanya, apakah risiko utama bagi penyakit ini?
  1. Umur yang semakin meningkat. Imun badan yang semakin lemah
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab antarannya kesan pengambilan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat kita, pastinya 10% hingga 30%  pernah menghadapi penyakit kayap ini. Saya sendiri pernah terjadi ketika usia 12 tahun, iaitu kayap sejuk.

Cara Ubati Penyakit Kayap Secara Tradisional

Orang dulu-dulu mengubati segala jenis penyakit adalah menggunakan bahan semulajadi berbanding bahan-bahan kimia dan ubat-ubatan terkini seperti tumbuhan-tumbuhan hutan, akar-akar pokok dan sebagainya.

Petua merawat penyakit kayap secara tradisional

Haa.. ini adalah petua tradisional yang bagi saya ianya berkesan. Pertama sekali ambil pucuk daun bunga melur, kemudian tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan bedak sejuk. Akhir sekali tampal di bahagian kayap tadi. Amalkan sehingga kayap tersebut beransur sembuh. InsyaAllah.

Okep, petua kedua... ambil garam bukit dan larutkan di dalam air kemudian sapu di bahagian kayap tadi. Mungkin pedih sedikit, amalkan dua kali sehari di sebelah pagi dan juga petang.

Kita cuma berikhtiar, dengan izin Allah pasti akan sembuh penyakit kayap itu tadi.

Terima kasih kerana membaca.

0 Komentar untuk "Cara Ubati Penyakit Kayap Secara Tradisional"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info