Serpihan pesawat dipercayai MH370 dijumpai di Pulau Reunion. Sudah setahun lebih pesawat Boeing 777 MH370 hilang tanpa perkhabaran dan tiada sebarang klu yang menunjukkan ia terhempas ataupun terbakar dibakar udara. Ianya menjadi tanda tanya buat semua rakyat Malaysia yang sentiasa menanti kepulangan MH370.
Terbaru saya ada baca laporan mengenai satu serpihan pesawat ditemui di Pulau Reunion, timur pantai Lautan Hindi menerusi akhbar online Berita Harian. Berikut adalah berita selanjutnya mengenai serpihan pesawat yang dipercayai milik pesawat MH37.
Serpihan Pesawat Dipercayai MH370 Dijumpai Di Pulau Reunion
Berikut adalah laporan yang diterbitkan oleh akhbar BH :
Daripada perkhabaran tersebut, ramai yang teruja dan membuat pelbagai spekulasi di laman-laman sosial.
Apa pun kita tunggu beberapa hari lagi, memberi ruang untuk pihak berwajib mengenalpasti dahulu apakah serpihan pesawat benar-benar milik pesawat MH370 ataupun mungkin milik pesawat lain.
Terima kasih kerana membaca.

Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014. Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi. Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan.
"Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan," katanya kepada The Telegraph. "Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370. "Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370.
"Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan," katanya.
Kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 orang di dalamnya membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan. Beberapa teori muncul mengenai pesawat termasuk pesawat itu mendarat di Diego Garcia atau terbang menuju ke Korea Utara. Bagaimanapun, Tytelman percaya bahawa lokasi di Lautan Hindi adalah lebih logik bagi serpihan pesawat itu dihanyutkan.
"Polis Perancis kini sedang menyiasat dan Australia yang mengetuai pencarian itu turut berminat. Kami tidak tahu berapa lama untuk mendapatkan pengesahan atau sebaliknya. Tapi ini adalah satu perkembangan yang menarik minat," katanya.
Tytelman dalam blognya berkata, gambar-gambar serpihan itu mencetuskan minat yang signifikan dalam laman web AvGeek - forum tertutup di kalangan juruterbang. Katanya, banyak perbincangan mengenai bahagian kod pada serpihan berkenaan iaitu BB670.
"Kod itu bukan nombor plat pesawat atau pun nombor siri peralatan mesin. "Tapi jika sayap itu milik MH370, adalah jelas bahawa rujukan itu akan dapat dikenalpasti. Dalam beberapa hari lagi kami akan dapat jawapan yang muktamad," katanya. - The Telegraph
Daripada perkhabaran tersebut, ramai yang teruja dan membuat pelbagai spekulasi di laman-laman sosial.
Apa pun kita tunggu beberapa hari lagi, memberi ruang untuk pihak berwajib mengenalpasti dahulu apakah serpihan pesawat benar-benar milik pesawat MH370 ataupun mungkin milik pesawat lain.
Terima kasih kerana membaca.
0 Komentar untuk "Serpihan Pesawat Dipercayai MH370 Dijumpai Di Pulau Reunion"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.