Fakta Menarik Mengenai Pulau La Reunion

Hoho... sekarang topik yang terhangat berlegar-legar di laman sosial adalah penemuan serpihan sayap pesawat, yang mana ia dipercayai milik pesawat MAS yang hilang secara misteri hampir setahun lebih sejak 8 Mac 2014. Yang menjadikan berita ini lebih hangat dari biasa, apabila mereka turut menemui bagasi yang sudah rosak dan hampir hancur berdekatan serpihan sayap pesawat itu. Hmm. tetapi ianya masih lagi dalam ujikaji pihak yang berkuasa untuk mengesan kod yang ada pada serpihan sayap itu dengan kod pada pesawat MAS Boieng 777.

Untuk ketahui keputusannya, nantikan berita terkini di kaca televisyen anda nanti atau menerusi akhbar online BeritaHarian.

Okep. entri ini bukannya untuk saya ulaskan mengenai pesawat MAS tersebut, tetapi adalah untuk membongkar segala fakta menarik mengenai Pulau La Reunion yang kini menjadi carian hangat para pelayar internet.

Fakta Menarik Mengenai Pulau La Reunion

Fakta Menarik Mengenai Pulau La Reunion

Pulau La Reunion di Lautan Hindi, terletak di sebelah Timur Madagascar, kira-kira 200 kilometer di barat daya Mauritius.  La Reunion adalah sebahagian daripada tanah jajahan Perancis. Jelas dari udara, La Reunion yang berdekatan dengan Pulau Seychelles milik British, terbentang luas panorama yang cukup indah sehingga menjadi kegilaan pengembara dunia untuk menjejakkan kaki ke pulau ini.

Okep. ini adalah beberapa fakta menarik mengenai Pulau La Reunion ini :
  1. Mempunyai gunung berapi yang masih aktif
  2. Mempunyai air terjun semulajadi yang cukup indah
  3. Memiliki keluasan 2,520 kilometer persegi
  4. Mula ditemui pada abad keenam belas dibawah jajahan Perancis
  5. Menggunakan mata wang Euro, walaupun bukan terletak benua eropah.
  6. Menempatkan kira-kira 850,000 penduduk dengan menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa komunikasi mereka.
Fakta Menarik Mengenai Pulau La Reunion

Pulau La Reunion ini adalah yang terbesar di antara pulau-pulau yang terdapat di kepulauan Mascarene. Pulau yang ditemui pada awal abad keenam belas dan diletakkan di bawah jajahan Perancis sejak 1643 itu menggunakan mata wang Euro sebagai ejen pertukaran utama dalam urusan jual beli dan perniagaan Pada tahun 1649, Perancis mendakwa kawasan itu secara rasmi sebagai pulau naungannya dan menamakannya sebagai Bourbon, sebelum ditukar menjadi La Reunion pada 1792.

Mengikut catatan sejarah dikongsi Ensiklopedia Kebudayaan Dunia, La Reunion antara pulau terbesar di Perancis, yang satu ketika pernah menjadi lokasi penghijrahan migran pelbagai etnik dari wilayah Mozambique, India, China dan Madagascar.

Fakta Menarik Mengenai Pulau La Reunion
Fakta Menarik Mengenai Pulau La Reunion


Pulau yang ditemui pada awal abad keenam belas dan diletakkan di bawah jajahan Perancis sejak 1643 itu menggunakan mata wang Euro sebagai ejen pertukaran utama dalam urusan jual beli dan perniagaan.

Lihat betapa indahnya panorama yang tercipta secara semula jadi di Pulau Reunion ini. Ada air terjun, pantai yang cantik.... huh! lepas ini mungkin ini akan menjadi tarikan pelancongan selain hiking....

Menarik kan?

1 Komentar untuk "Fakta Menarik Mengenai Pulau La Reunion"

Cantik betul pemandangan kat pulau ni

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info