Nilai Kalori Bagi Juadah Wajib Ketika Hari Raya

Sudah menjadi adat dan tradisi bagi masyarakat Muslim sewaktu menyambut lebaran. Syoknya hari raya ini, kita dapat berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudara, rakan kenalan.. apatah lagi.. yang tinggal dibandar juga akan pulang ke kampung merayakan Aidilfitri, begitu juga sebaliknya. Haaa.. di hari raya ini juga kita akan dihidangkan dengan juadah istimewa berbeza dengan hari lain.. atau mungki.. hari-hari biasa belum tentu kita dapat merasai juadah ini.. malah susah juga untuk jumpa di gerai-gerai jualan.

Selepas sebulan kita menahan lapar dan dahaga, kita tiba sudah masanya untuk kita menyambut kemenangan. Diraikan dengan penuh kesyukuran dengan persiapan duit raya untuk kanak-kanak... pakaian serba baru dan cantik.. rumah dihias indah.. balang-balang diisi dengan kuih muih.. meja-meja pula dipenuhi dengan aneka juadah wajib untuk lebaran.

Nilai Kalori Bagi Juadah Wajib Ketika Hari Raya

Nilai Kalori Bagi Juadah Wajib Ketika Hari Raya

Makanan antara instrumen untuk mengikat silaturrahim. Kumpul bersama, masak bersama dan makan pun bersama. Tak hairanlah kalau semasa bulan ramadhan kita dapat mengurangkan berat badan sebanyak 2-3 kilo, bila tibanya lebaran.. huh! berkilo-kilo pun bertambah. Tambahan pula keenakan makanan yang mengiurkan sesiapa saja yang melihat.....

Bukan senang tau.. nak jumpa di hari lain. Betul tak? Tapi jika anda mementingkan bentuk badan, anda pastinya mahu tahu kalori bagi setiap juadah wajib yang dihidangkan itu.

1. Ketupat dan lemang
  • 88 kalori = 1 biji ketupat (80gram)
  • 124 kalori = 1 biji ketupat palas (80gram)
  • 410 kalori = 5 potong lemang saiz sederhana
2. Nasi himpit dan kuah kacang
  • 150 kalori = 5 potong nasi himpit
  • 130 kalori = 1 senduk kuah kacang (50gram)
3. Rendang dan serunding
  • 148 kalori = seketul ayam dengan kuah rendang
  • 224 kalori = 4 potong ayam sederhana dengan sedikit kuah rendang
  • 200 kalori = 55g serunding daging
  • 180 kalori = 55 serunding ayam
Nilai Kalori Bagi Juadah Wajib Ketika Hari Raya

4. Satay
  • 400 kalori = 10 cucuk satay ayam (160gram)
  • 380 kalori = 10 cucuk satay daging (160 gram)
 5. Kuih raya
  • 35 kalori = setiap satu
  • 500 kalori = 20 biskut raya (secara am)
6. Nasi dagang dan Mee kari
  • 510 kalori = 1 pinggan nasi dagang bersama kari ayam dan acar sayur
  • 530 kalori = 1 mangkuk mee kari (410g)
7. Laksa Johor dan Lontong
  • 330 kalori = 1 mangkuk laksa johor (250g)
  • 350 kalori = satu mangkuk lontong berserta sayur
Nilai Kalori Bagi Juadah Wajib Ketika Hari Raya

Haa... dah nampak kan nilai kalori bagi setiap juadah yang dihidangkan ketika hari raya. Mengikut kajian dari pakar diet, jumlah kalori yang diperlukan bagi lelaki dewasa adalah 2000 kalori hingga 2500 kalori manakala untuk wanita dewasa pula sekitar 1600 kalori hingga 2000 kalori dalam sehari.

Jadi, kalau pentingkan berat badan yang ideal.. kira dulu jumlah kalori yang perlu anda ambil semasa hari... kalau rasa terlebih, jangan lupa buat senaman bagi membakar semula kalori tersebut.

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

sumber : Kevin Zahri, Pau Destinasi
0 Komentar untuk "Nilai Kalori Bagi Juadah Wajib Ketika Hari Raya "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info