Tips Penjagaan Ikan Semasa Pulang Ke Kampung

Tips penjagaan ikan semasa pulang berhari raya di kampung. Haha... tergelak saya semasa membaca tips yang dikongsikan oleh pengguna facebook ini. Walaupun kelihatan agak lucu, tapi ada betulnya juga.. sudah pasti semua akan pulang ke kampung untuk beraya dan haiwan peliharaan terutamanya ikan.. mustahil untuk kita bawa bersama ketika pulang. Kalau kucing ke.. arnab ke.. hamster sekali pun boleh saja untuk dibawa ke mana-mana saja, tak menjadi masalah bukan.

Tips Penjagaan Ikan Semasa Pulang Ke Kampung

Tips Penjagaan Ikan Semasa Pulang Ke Kampung

Tips ini dikongsikan oleh Cas Blangka Jr (facebook) khas untuk mereka yang membela ikan dan akan pulang ke kampung halaman Aidilfitri nanti. Tak perlu lagi risau untuk memberi makan ikan selepas ketiadaan anda dirumah nanti... ini caranya,
  1. Botol air 1.5 liter 
  2. Lidi dua batang
  3. Double tape
  4. Makanan ikan
  5. Telefon yang bateri boleh tahan selama seminggu
Cara bagi makan ketika pulang ke kampung:
  • Potong separuh daripada botol air 1.5 liter itu tadi, kemudian buka penutup botol dan terbalikkannya kebawah.
  • Tampal lidi di atas penutup botol dan gam kan ke bibir botol. Siap!
  • Lekatkan botol yang dah siap tadi pada akuarium
  • Masukan telefon bimbit dan makanan ikan ke dalam botol yang sama.
Akhir sekali buat panggilan ke telefon itu tadi.. apabila telefon anda bergetar, makanan tersebut akan jatuh ke dalam akuarium dan siap untuk di makan ikan. Haa... macam mana menarik kan? Kalau letak siap-siap makanan untuk seminggu, mahu dimakannya ikan sampai buncit perut.. tak pasal anda balik ke rumah ikan dah mati...

Selamat mencuba..

0 Komentar untuk "Tips Penjagaan Ikan Semasa Pulang Ke Kampung"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info