Senarai Nama Menteri Rombakan Kabinet Malaysia 2015

Senarai nama menteri rombakan Kabinet Malaysia 2015. Rasanya ramai yang sudah tahu mengenai pengumuman rombakan Kabinet Malaysia 2015 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak hari ini di Putrajaya. Apatah lagi di laman facebook, sedang heboh mengupdate status mengenai hal ini.

Daripada pengumuman ini seramai tujuk menteri dan sembilan orang timbalan menteri baru dilantik. Daripada tujuh orang menteri baru itu, tiga daripadanya merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Senarai Nama Menteri Rombakan Kabinet Malaysia 2015 

Rombakan Kabinet Malaysia 2015

Menurut PM, Rombakan Kabinet ini adalah bagi mengukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14.

Yang menjadi perhatian umum adalah penguguran bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin benar-benar menjadi topik hangat di laman sosial facebook. Ramai yang memberi komen tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di sini - Astro Awani.

Terima kasih kerana membaca artikel ini.


0 Komentar untuk "Senarai Nama Menteri Rombakan Kabinet Malaysia 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info