Kedudukan dan punca jerawat sering muncul di muka menjadi empunya badan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Kebiasaannya golongan wanita yang majoriti mempunyai masalah sedemikian, barangkali disebabkan faktor ketidakstabilan hormon dan keterlampauan membersih wajah... berbanding lelaki yang langsung tidak ambil kisah tentang wajah mereka. Sebab tu laa lelaki ni jerawat susah nak menempek kan?
Saya ada terbaca berkenaan perubatan cina tentang masalah jerawat yang sering muncul ini. Menurutnya punca jerawat yang sering muncul di bahagian atau kedudukan tertentu pada wajah adalah mewakili masalah kesihatan pada bahagian berlainan dalam sistem badan kita. Haa... teruskan pembaca anda untuk mengetahui punca sebenar masalah jerawat yang tak habis-habis ni...
Kedudukan Dan Punca Jerawat Muncul Di Muka
Selepas lihat pada gambar di atas, baru saya perasan ...punca jerawat berulang-kali muncul di bahagian pipi kiri saya disebabkan oleh masalah tekanan dan elergik. Huhu. Saya memang elergik dengan seafood... apatah lagi dengan kekacang... makan saja terus rasa gatal dan muka naik bintik-bintik.
Lima Kedudukan Dan Punca Jerawat Pada Wajah
1. Jerawat di atas dahi
Punca : Tidur yang tidak menentu, Diet yang tidak seimbang dan permakanan yang tidak sihat
Langkah mengatasinya :
Punca : Penghadaman atau aliran darah yang tidak lancar
Langkah mengatasinya :
Punca : Terlebih pengambilan produk tenusu
Langkah mengatasinya :
Punca : Tekanan atau elergik
Langkah mengatasinya :
Punca : Hormon tidak seimbang, tekanan dan masalah buah pinggang
Langkah mengatasinya :
Anda dah tahu kan sebab mengapa jerawat sering kali muncul di tempat yang sama. Tak semestinya berpunca dari masalah dalam badan, kadang tu disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak berserat... tak suka makan sayur apatah lagi buah-buahan.
Selepas ini cuba amalkan ye... dan yang paling penting lakukan senaman setiap hari

- Amalkan tidur awal sekitar jam (10.00pm - 12.00am) dan bangun seawal jam (6.00am)
- Kurang pengambilan minuman bergas serta minuman yang berkafien tinggi. Banyakkan minum air kosong bagi melembapkan kulit
- Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau atau air detox (menghapuskan toksik dalam badan)
- Lakukan senaman ringkas 20-30minit setiap hari... contohnya : Naik turun tangga, atau lompat bintang.
Punca : Penghadaman atau aliran darah yang tidak lancar
Langkah mengatasinya :
- Amalkan pemakanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti bijirin penuh, sayur-sayuran dan kekacang
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
- Elakkan makan berlemak, makan segera dan makanan manis bagi melancarkan peredaran darah
- Rajin melakukan pergerakan atau senaman ringkas
Punca : Terlebih pengambilan produk tenusu
Langkah mengatasinya :
- Kurangankan pembilan produk tenusu kerana hormon dan lemak dalam produk tenusu boleh memburukkan lagi masalah jerawat.
- Amalkan memakan brokoli atau sayuran hijau
- Pengambilan vitamin meningkatkan imun dan penting untuk kesihatan kulit
Punca : Tekanan atau elergik
Langkah mengatasinya :
- Hindari makanan yang anda elergik seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya
- Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan
- Ambil masa untuk merehatkan minda dan badan seperti berjoging, beriadah dan bercuti
- Amalkan memakai masker aloe vera asli
Punca : Hormon tidak seimbang, tekanan dan masalah buah pinggang
Langkah mengatasinya :
- Kurangkan tabiat makan sebelum tidur
- Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar
- Lakukan senaman ringkas setiap hari
Anda dah tahu kan sebab mengapa jerawat sering kali muncul di tempat yang sama. Tak semestinya berpunca dari masalah dalam badan, kadang tu disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak berserat... tak suka makan sayur apatah lagi buah-buahan.
Selepas ini cuba amalkan ye... dan yang paling penting lakukan senaman setiap hari
2 Komentar untuk "Kedudukan Dan Punca Jerawat Muncul Di Muka"
seriuss... lama x terjah blog nih.. 100% totally berubah template blog ni.. huhu..
Blog ni dah kurang aktif skrg.... sibuk melampau.. HUHU
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.