Manfaat Minuman Detox Untuk Tubuh Badan

Minuman detox untuk tubuh bukan suatu resepi minuman yang baru... tetapi telah ramai yang mencubanya sebagai homemade dirumah. Saya sendiri ada juga cuba merasai sendiri minuman detox ini.... di mana ia mampu membersihkan usus atau kerak-kerak dalam usus yang telah lama boleh menghasilkan toksik pada tubuh. Siapa yang mengalami perut buncit, bolehlah cuba minuman detox ni....


Detox atau nyahtoksik adalah satu proses pembersihan tubuh daripada racun-racun dan juga kotoran yang dengan sengaja atau tidak sengaja masuk ke dalam kita dalam suatu jangka masa yang panjang tanpa kita sedari.

Dan...

Dengan minuman detox ini ia dapat menyingkirkan bahan toksik, lemak dan bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia juga mempunyai bahan detox sendiri iaitu hati, usus dan juga ginjal. Bila mana kita berpuasa badan akan melakukan proses detox semulajadi untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya. Selain itu, ia juga memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar... Banyak kelebihan sebenarnya dalam kita berpuasa....

Manfaat Minuman Detox Untuk Tubuh

Bagaimana Toksik Terhasil....

Toksik terbentuk dalam tubuh akibat pencemaran terutamanya dari segi pemakanan kita seharian. Ia akan menjadi lebih teruk apabila mengambil makanan yang mengandungi bahan kimia seperti ubat-ubatan untuk kurus cepat secara berlebihan, pengawer, perisa tiruan... Selalu kita dengan pengambilan ubat kurus boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang.

Ramai yang tidak berfikir tentang masalah ini kerana ia adalah penyakit jangka panjang. Mungkin sekarang masih sihat...esok lusa siapa tahu? Jadi marilah kita lakukan pembuangan toksik dalam tubuh dengan cara yang cukup mudah dan jimat iaitu minuman detox.

Apa yang penting adalah sentiasa mendisiplinkan diri, lakukan senaman 20-30 minit setiap hari dan juga amalkan permakanan seimbang sepertimana yang dilihat dalam carta permakanan kesihatan.

Manfaat Minuman Detox Untuk Tubuh

Antara manfaat yang kita perolehi dengan menuman detox adalah :
  • Menyucikan dalam perut dan usus
  • Menurunkan berat badan
  • Mengempiskan perut
  • Menghilangkan sakit tekak
  • Membuang toksik dalam tubuh badan
  • Mengurangkan masalah selesema
  • Mencantikan kulit dengan kandungan vitamin C yang tinggi

Manfaat Minuman Detox Untuk Tubuh

Cara penyediaannya cukup mudah....

Anda hanya perlu sediakan air kosong dan buah-buahan yang memberikan zat dan vatamin pada tubuh antaranya buah lemon, oren, epal hijau, daun pudina, limau nipis dan banyak lagi.

terpulang pada citarasa anda sendiri....

Ingat jangan masukan gula atau sebarang perisa tambahan... Biarakan saja rasa itu datang dari campuran buah-buahan yang terlarut dalam air tadi.

Macam mana? Sekarang dah tahukan manfaat dan cara penyediaan detox... jadi tak perlu alasan untuk dapatkan ubat-ubatan mahal untuk kurus, amalkan minuman detox secara disiplin dengan senaman ringan setiap hari. InsyaAllah setiap usaha yang dilakukan ikhlas pasti ada hasilnya.

0 Komentar untuk "Manfaat Minuman Detox Untuk Tubuh Badan "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info