Tips ketahui badan anda kurang air. Doktor-doktor dan pakar kesihatan selalu menyarankan semua rakyat Malaysia untuk minum air putih sebanyak lapan gelas sehari. Huishh.... saya sendiri pun menyampah bila disuruh minum air kosong banyak-banyak.... segelas pun saya susah nak habis kan. Tapi kalau diberi air oren sunquick ke.... fresh apple ke... rancak je meneguknya. Hehe.
Semasa di universiti, selalu saya lihat rakan-rakan berbangsa cina akan galas botol besar gedabak masuk dewan kuliah. Ada yang galas saiz 500ml... ada juga yang betul-betul peminum tegar digalasnya air mineral dalam botol saiz 1.5L. Selute laa kat dia. Bila pandang pula rakan-rakan melayu.... erkkk.. ada segelintir je yang bawa. Yang lain semua bajet nak ringan je masuk kelas.. termasuklah saya. Ehh!
Lepas tu ada juga yang kata, kalau minum air putih banyak-banyak nanti kulit kau licin, bersih... tak kering macam nenek usia 60an...
Sekarang saya dah rasai sendiri yang air mineral itu suatu keperluan bukanlah kehendak lagi. Sudah menjadi tabiat saya, setiap air mesti akan minum air mineral atau air kosong dalam 3-4 gelas sehari.... bila rajin sikit ada laa sampai 8 gelas sehari. Itu pun kadang-kadang laaa... Setiap kali pergi berjoging pun saya akan sediakan air putih dari rumah atau pun air detox buat tangan sendiri... Nampak? perubahan yang bagus nie..
13 Tips Ketahui Badan Anda Kurang Air
Kau tahu kan yang air putih ini mendatangkan pelbagai manfaat pada tubuh badan manusia. Nak cantik, kulit nampak bersih.. licin.. mulus... Haa. rajin-rajinlah minum air putih lapan gelas sehari... InsyaAllah. kau akan nampak perubahan yang mendadak pada tubuh sendiri. Tak percaya... cubalah, jangan baca dan berazam saja.
Macam mana kau nak tahu, yang badan kau sekarang kurang air putih?
Tak perlu secara drastik..
Cuba secara slowly, hari ini minum 3 gelas sehari... esok pula naik lagi satu gelas... lusa pula naik lagi segelas.. Lama-kelamaan anda akan jadi biasa untuk minum... dan tolak air bergula. Saya bercakap dari pengalaman sendiri.
Selamat mencubanya di rumah. terima kasih.

- Mulut jadi kering dan melupas. Air putih melincinkan selaput lendir di mulut dan tekak dan akan terus menjaga mulut anda selepas tegukan pertama.
- Kulit jadi kering. Ini adalah tanda-tanda awal dehidrasi yang mungkin boleh membawa kepada masalah yang lebih besar lagi.
- Rasa hau yang teramat sangat.
- Mata kelihatan kering dan merah. Ia boleh menyebabkan bahaya pada mata, tambahan lagi jika kau pemakai contact lens setiap hari.
- Sakit pada tulang. Tulang rawan dan tulang belakang terdiri daripada 80% air. Jadi ia adalah kepentingan mutlak untuk menjaga tulang anda dari bergesel satu sama lain semasa bekerja.
- Anda sakit pada masa yang lama. Minum secara mencukupi mampu membuang toksik dalam tubuh melalui air kencing.
- Badan terasa letih dan lesu. Apabila tubuh mengalami dehidrasi, tubuh "meminjam" air dari darah anda sehingga menyebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke seluruh badan.
- Berasa lapar secara terus-terusan.
- Mengalami masalah gangguan pencernaan. Yang penghidratan yang baik, jumlah dan kekuatan lendir membolehkan asid perut melakukan beberapa kerosakan besar pada perut.
- Sering mengalami masalah sembelit.
- Pengurangan jumlah air kencing atau perubahan warna pada air kencing. Rujuk sini - makna disebalik warna air kencing
- Penuaan awal. Jumlah air dalam badan menurun seiring dengan bertambahnya usia. Jadi anda perlu meningkatkan pengambilan air jika tidak mahu mengalami penuaan awal.
- Jika anda kurang minum air putih, aktiviti anda akan terganggu kerana tidak fokus dalam melakukan sesuatu
Tak perlu secara drastik..
Cuba secara slowly, hari ini minum 3 gelas sehari... esok pula naik lagi satu gelas... lusa pula naik lagi segelas.. Lama-kelamaan anda akan jadi biasa untuk minum... dan tolak air bergula. Saya bercakap dari pengalaman sendiri.
Selamat mencubanya di rumah. terima kasih.
0 Komentar untuk "13 Tips Ketahui Badan Anda Kurang Air"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.