Foto Dan Biodata Ringkas Fara Mendoza

Foto dan biodata ringkas Fara Mendoza. Huh! sekarang hangat di laman sosial mengenai isu Wechat Fara Mendoza dengan seorang artis berstatus suami orang... Opps. Maaf ini bukanlah blog gosip artis ye... No.. No.. No..

Okep. Pastinya ramai yang tercari-cari siapakah artis baru bernama Fara Mendoza yang sedang meningkat naik namanya ini bukan?. Fara juga pernah membintangi beberapa drama popular antaranya Projek memikat suami, Stiletto merah dan juga Suamiku encik sotong. Haa... Fara Mendoza ini juga merupakan kawan baik kepada artis cantik dan popular Malaysia iaitu Emma Maembong.

Foto Dan Biodata Ringkas Fara Mendoza
Foto Dan Biodata Ringkas Fara Mendoza

Fara Mendoza atau lebih mesra disapa sebagai Fara, baru saja berusia 25 hahun pada tahun ini. Ehh.. sebaya la kita ye. Hehe. Melihat pada video Keek miliknya, dia ini seorang yang agak open dan kelakar. Mungkin karekter semulajadi Fara yang peramah, suka melawak... serta potongan badan dan wajahnya yang cantik membuatkan ramai jejaka di luar sana tak senang duduknya dibuatnya.

"Tak semua orang suka kita, adakala mereka membenci sebelum mengenali kita". - Fara Mendoza

Fara Mendoza sebelum ini merupakan artis naungan MIG Talent yang dimiliki oleh David Teo dan baru saja menamatkan kontraknya baru-baru ini. Satu-satunya filem terbaru lakonan Fara buat masa ini dan bakal ditayangkan tahun 2015 adalah berjudul Keranda Tok Wan Terbang.

Foto Dan Biodata Ringkas Fara Mendoza

Menurut Fara, dia mahu bergerak sendiri untuk mengorak langkah dalam industri seni ini. Oh ya... mungkin ramai yang tak tahu.. Fara Mendoza merupakan anak saudara kepada penyanyi popular iaitu Ramlah Ram.

Hoho... patutnya muka mereka macam nak sama.



0 Komentar untuk "Foto Dan Biodata Ringkas Fara Mendoza"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info