Plan Cinta Tak Jadi 13 Episode (Astro Ria)

Plan Cinta Tak Jadi 13 episode (Astro Ria). Drama terbaru saluran stesen televisyen berbayar Astro Ria dan Ria HD bermula siaran pada 10 Ogos 2015 dengan judul drama Plan Cinta Tak Jadi buat tontonan semua lapisan masyarakat. Drama kali ini bukanlah didatangkan daripada sebuah novel seperti drama-drama sebelum ini.

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi 

Plan Cinta Tak Jadi 13 Episode (Astro Ria)

Mengisahkan pengorbanan seorang gadis gadis bernama Melina (Nur Fathia) yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici (Ramona Zamzam) setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Setelah sekian lama menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga, Cici yang menyayangi Fariz hampa kerana Mark mahu memutuskan hubungan cinta mereka kerana ingin berkahwin dengan gadis lain. Cici sangat sedih kerana ini merupakan kali ke-24 dia putus cinta.

Anaz seorang mekanik merupakan jiran kepada Melina dan Cici. Sebelum ini, Anaz tidak pernah pun menegur Melina dan Cici. Semenjak satu kejadian berlaku, Anaz (Fattah Amin) bertengkar dengan Melina dan semenjak itu, mereka menjadi sahabat. Melina telah meminta Anaz untuk mengurat rakan serumahnya Cici yang bersedih kerana baru sahaja putus cinta. Melina juga memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian (Arja Lee).

Plan Cinta Tak Jadi 13 Episode (Astro Ria)

JUDUL : PLAN CINTA TAK JADI
GENRE : Komedi
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 10 Ogos 2015 (Isnin, 10.00 malam)
SIARAN : Astro Ria & Ria HD
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orange Tree Production Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syafi

Saksikan drama Plan Cinta Tak Jadi Astro Ria setiap hari Isnin, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD. Selamat menonton.

0 Komentar untuk "Plan Cinta Tak Jadi 13 Episode (Astro Ria) "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info