6 Tindakan Wajib Anda Lakukan Ketika Jerebu

As-salam..

Boleh dikatakan hampir setiap tahun negara kita dilanda jerebu dek kerana pembakaran besar yang berlaku di negara jiran iaitu Indonesia. Malah boleh dianggapkan sebagai perkara biasa yang sering terjadi setiap tahun. Tapi apa yang saya lihat, jerebu kali ini sangat membimbangkan, malah turut menganggu pembelajaran pelajar apabila sekolah-sekolah terpaksa ditutup untuk mengelakkan para pelajar terdedah kepada pelbagai penyakit kesan daripada masalah jerebu ini.

Fenomena kabus berbahaya kali ini dilihat sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Ini saya cerita mengenai jerebu di Perlis. Pada tadi sewaktu saya keluar untuk ke tempat kerja, suasana kabus hari ini sangat menjejaskan penglihatan dan sedikit tebal berbanding sebelumnya ... Hidung dan tekak usah cerita laa, baru saja baik dari batuk .. dah mula batuk balik. Hmm.. ambil masa juga nak hilang ni.

Mata pun mula pedih akibat terlalu lama terdedah dengan kawasan luar dalam tempoh yang lama. Agaknya bila la akan berakhirnya masalah jerebu ni. Kesian pula saya melihat kanak-kanak yang terpaksa berkurung di rumah.. tiada lagi aktiviti bermain mereka.

6 Tindakan Wajib Anda Lakukan Ketika Jerebu

Apa sebenarnya jerebu ni? kenapa pula kita boleh terdedah kepada penyakit akibat jerebu? Haa... yang tertanya-tanya tu ini jawapannya. Jerebu adalah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel atau zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ianya terapung-apung diudara.

Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.. misalnya pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap dari kilang dan pelbagai lagi.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang sangat banyak dan berkelompok ianya akan menyekat pancaran matahari ke bumi. Oleh sebab itu keadaan akan mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Jika semakin banyak partikel-partikel itu makanya anda akan terlihat pancaran cahaya yang agak kekuningan...

6 Tindakan Wajib Anda Lakukan Ketika Jerebu

Apa pun benda dah jadi. Jerebu yang melanda Perlis sekarang memang tak dapat dielakkan lagi. Jadi saya petik daripada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi perkongsiannya di Facebook untuk rakyat Malaysia berikan perhatian penting kepada 6 tindakan wajib yang anda perlu lakukan ketika jerebu ini, iaitu :
  • Kurangkan aktiviti di luar rumah
  • Sentiasa berada di dalam bangunan. Jika berada di luar, pastikan memakai penutup hidung dan mulut.
  • Pastikan udara di rumah dan bangunan sentiasa bersih. Elakkan dari pencemaran asap rokok.
  • Ketika memandu pastinya menggunakan penghawa dingin
  • Banyakkan minum air kosong (sekurangnya 8 gelas sehari)
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air yang bersih
Jika anda mempunyai sebarang penyakit yang berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Jangan tunggu dah teruk baru pergi check.

Apa pun gandakan perhatian anda kepada kesihatan diri dan orang tersayang. Kurangkan aktiviti luar dan dan lebihkan minum air kosong. Balik kerja terus duduk rumah, jika keluar pastikan sentiasa pakai "mask" untuk elakkan hidung dan mulut terdedah kepada jerebu.

Sebenarnya saya rimas pakai mask ni... kadang tu keluar tak pakai jugak. Hehehe...

0 Komentar untuk "6 Tindakan Wajib Anda Lakukan Ketika Jerebu"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info