Biodata Ringkas Sufi Juara AF 2015

Biodata ringkas Sufi Juara AF 2015. Tahniah diucapkan buat Sufi selepas berjaya dinobatkan sebagai Juara program realiti Akademi Fantasia 2015 dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000... percutian ke Dubai serta trofi sumbangan Astro.

Biodata Ringkas Sufi Juara AF 2015

Biodata Ringkas Sufi Juara AF 2015

Kemenangan itu menjadikan Sufi atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid pelajar pertama AF yang berasal dari Singapura berbanding juara-juara AF sebelum ini semuanya dari Malaysia.

Sufi sebelum memasuki Akademi Fantasia merupakan seorang penyanyi Indie (sepenuh masa) di Singapura... malah pernah memenangi kategori Lagu Terbaik Singapura (2014) bagi Single yang bertajuk "Tiada Penganti". Dan mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan - SG Mania (2014) di Singapura tahun lepas.

Biodata Ringkas Sufi Juara AF 2015

Selain menyanyi Sufi juga aktif dalam mencipta lagu iklan (Jingle) untuk iklan TV dan radio di negaranya. Antara jenis lagu yang menjadi kegemarannya adalah genre pop rock, R&B dan rentak balada.... juga berbakat dalam bermain peralatan muzik seperti gitar, piano, dram dan bass.

Huh! .. bukan calang-calang juara Sufi ni.. tetapi juara yang memiliki latar belakang pengalaman dalam bidang nyanyian yang cukup luas.

Apun pun semoga Sufi terus berjaya dengan minatnya sendiri....

Sekian.

0 Komentar untuk "Biodata Ringkas Sufi Juara AF 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info