Tips Hantaran Tunang Bajet Bawah RM100

Assalamualaikum... Hye semua!

Lama sudah saya tak kongsikan tips mahupun tutorial di blog kan? Hmm... sebab dari perkiraan saya tutorial berkaitan cara edit template blog tak lagi menjadi perhatian blogger. Sebabnya blogger sekarang dah makin terbuka minda... malahan masing-masing sibuk mengejar template yang lebih mesra SEO dan responsif.

Haa.. bagus sangat tu... tak usah blog cantik macam pelangi, janji trafik mencanak dan orang suka baca. INI BARU PENTING!!

Ehhh... dah tersasar jauh dari tajuk ni... Hehe. Okep berbalik pada tajuk asal... oleh sebab sekarang musim orang bertunang dan bernikah. So saya nak kongsikan sedikit tips untuk buat hantaran tunang bajet bawah RM100... 

Tips Hantaran Tunang Budget Bawah RM100

Tips Hantaran Tunang Bajet Bawah RM100

Dunia tanpa sempadan macam sekarang... kita kenalah celik IT, kreatif dan suka mencuba. Selain membuat resepi baru, apa kata kita belajar cara membuat bekas hantaran homemade... yang penting cantik dan jimat kos.. Almaklum laa sekarang ada GST... so kena laa berjimat sikit.

Nampak tak gambar hantaran tunang kat atas tu....

Bekas hantaran pink purple dari pihak saya, manakala putih pink dari pihak lelaki. 3 berbalas 5. Budget yang guna untuk bekas hantaran bersama barang hantaran di atas hanyalah RM98 sahaja tak termasuk cincin kepada pihak lelaki. Haaaa? jimat kan?

Bahan-bahan yang perlu ada :
  1. Polistren
  2. Glue gun
  3. Bunga 
  4. Kain pembalut polistren
  5. Reben
Tips Hantaran Tunang Budget Bawah RM100

Terpulang pada korang nak guna warna apa mengikut tema kesukaan korang. Macam saya, temanya pink purple, jadi saya gandingkan kain berwarna purple bersama renda berwarna pink. Kemudian, korang beli laa bunga enam kuntum RM3.90..... kemudian letak bunga saja di setiap penjuru bekas hantaran korang. Kalau rasa nak mewah sikit, gam saja bunga-bunga menjadi pelbagai warna...

Sireh Junjung Homemade

Haa... yang sireh junjung sepupu saya buat last minit pagi sebelum majlis berlangsung, sebabnya keluarga pihak lelaki akan bawa tepak sireh manakala pihak kami pula sediakan sireh junjung sebagai adat orang melayu sewaktu pinangan.

Hanya mengunakan polistren berbentuk silinder dan bulat sebagai tapak di bawah. Sori tak dapat nak tunjuk gambar sebab tak sempat nak snap pun waktu. Hmmm.

Hantaran Coklat Homemade

Tips Hantaran Tunang Budget Bawah RM100

Haaa... coklat di atas, saya susun di atas polistren berbentu hati. Itu pun saya dapat tutorial ni dekat kedai cake, kalau kita beli pun harga lebih kurang RM22, so bila kita buat sendiri hanya guna RM10 untuk coklat dan polistren 60sen sahaja... jimat kan?

Kalau rasa nak hantaran nampak gempak, bolehlaa keluar duit lebih sikit. Tapi ingat nak simpan sikit duit untuk lepas kahwin, hah! bolehlah ikut cara saya ni.

Terima kasih kerana membaca.

0 Komentar untuk "Tips Hantaran Tunang Bajet Bawah RM100"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info