Tips Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang Anda

Tips Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang Anda. Seperti yang kita telah sedia maklum, buah pinggang adalah satu organ yang sangat penting di dalam tubuh... dan ia juga adalah organ yang mudah rosak. Huh! dengar saja perkataan "rosak" pun saya dah terbayang berapa banyak kos pengubatan yang kita kena keluarkan nanti. Bahkan penyakit buah pinggang tidak mengenal usia... ada yang terjadi diusia muda dan ada juga yang mengalaminya di usia tua. Hmm. menakutkan.

Jadi entri ini saya kongsikan kepada pembaca, bagaimana kita mahu menjaga kesihatan buah pinggang kita. Ingat tak ada orang lain yang boleh menjaga melainkan diri sendiri. Selama bertahun-tahun kita gunakan buah pinggang dalam proses biologi badan... kandungan garam.. racun yang bertapa jumlahnya pun kita tak tahu. Malah kita tak pernah pun mencucinya kecuali setelah kita tahu yang kita ini mengalami penyakit buah pinggang... dah tentu-tentu la kena cuci setiap minggu.

Nak ke macam tu...

Okep. Pernah dengar tak tentang Mesin Hemodialisis yang terpaksa digunakan oleh pesakit buah pinggang. Kaedah rawatan ini dilakukan tiga kali seminggu, di mana pesakit perlu membuat pembedahan "fistula" dahulu dan setelah itu mereka yang dimasukkan dua jarum khas ke dalam "fistula" bagi mengalirkan darah dan disambungkan ke mesin hemodialisis melalui tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam badan melalui jarum yang satu lagi.

Tips Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang Anda


Tahu tak apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang..
  • Perubahan dalam pembuangan air kecil
  • Keletihan melampau sepanjang masa
  • Pembengkakan pada salah satu anggota badan
  • Mengalami ruam dan kegatalan
  • Rasa seakan logam di dalam mulut  
  • Mengalami loya dan muntah-muntah
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Sakit di bahagian belakang atau tepi di bahagian bawah
  • Kerap pening kepala
Tahu tak bahawa 5 dari 100 orang akan menghidap penyakit buah pinggang dalam kehidupan mereka. Kenapa? mungkin faktor pola pemakanan atu mungkin sikap individu yang kurang peka tentang kesihatan buah pinggang sendiri... sebab mereka yang berisiko menghidapi penyakit buah pinggang adalah mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, bila dah sakit baru menyesal. tak guna dah pun. Bak kata perpatah sesal dahulu pendapatan ...sesal kemudian dah tak berguna.

Untuk itu, saya kongsikan info atau pengetahuan bagaimana cara untuk kita menjaga kesihatan buah pinggang. 
  • Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari terutama kepada mereka yang bekerja kuat serta berpeluh.
  • Elakkan memakan makan segera seperti maggi dan makanan ringan seperti Twities, chikades serta mi kuning dan roti canai yang memudahkan penyakit buah pinggang menyerang.
  • Selalulah buat pemeriksaan kesihatan terutamanya tekanan darah dan gula dalam darah anda.
  • Elakkan minuman yang berperisa terutama sekali minuman berkarbonat atau yang menggunakan bahan kimia perwarna
  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon pengemuk.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang. banyakkan pengambilan buah-buahan
  • Elakkan tabiat merokok
  • Hidup yang lebih aktif.
Oleh itu, berikan yang terbaik untuk kesihatan buah pinggang sendiri dan amalkan segala tips yang dikongsikan di atas. InsyaAllah anda dapat menyelamatkannya. Tak semestinya tips ini untuk penjagaan buah pinggang sahaja, malah untuk penjagaan kesihatan menyeluruh anda.

Terima kasih sebab meluangkan masa untuk mendapatkan tips ini.


0 Komentar untuk "Tips Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang Anda"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info