BECA vs MAKCIK

info.


Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai beli ubi, tiba2 dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama: "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari"

Harian Metro: "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan!"

Utusan : "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah: "Kami tiada beca"

Malaysiakini: "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah"

Obefiend: "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak: "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid: "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali: "Sampai bila kita nak tengok nenek² Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera: "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika: "Misteri penarik beca: temubual esklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu: "Beca tak bayar tol dicari."
1 Komentar untuk " BECA vs MAKCIK"

Haha statement sinonim dengan Author. Ramai lagi yang dah ada identiti :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info