PENDANG – Seorang tukang masak maut  
akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu  seorang calon Sijil 
Pelajaran Malaysia (SPM) di  Jalan Lahar Buaya, Sungai Tiang di sini 
kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu,  mangsa Salleh Itam, 
58, yang menunggang  motosikal jenis Honda Wave maut di tempat  kejadian
 akibat kecederaan teruk di kepala dan  anggota badan.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Supritendan  Abdul Aziz Ahmad 
berkata, kereta Proton Waja  yang dipandu pelajar terbabit dikatakan  
bertembung dengan motosikal mangsa yang  datang dari arah Pendang untuk 
pulang ke  rumahnya di Kampung Baru.
“Akibat pertembungan itu kereta dipandu pelajar  terbabit remuk teruk
 di bahagian depan dan  motosikal mangsa turut mengalami kerosakan  
teruk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, setakat ini pelajar terbabit  atau warisnya masih belum membuat laporan  berhubung kemalangan itu.
“Pelajar itu ketika ini mendapat rawatan di salah  sebuah hospital 
swasta di Alor Setar kerana  mengalami kecederaan di hidung,” ujarnya.
Sementara itu, anak angkat mangsa, Mohd. Nor  Awang, 40, berkata dia 
mendapat berita  kemalangan itu ketika berada di tempat kerja di  Kuari 
Bukit Perak kira-kira pukul 2 petang.
“Arwah bekerja sebagai tukang masak di sebuah  restoran di Tanah 
Merah dengan menaiki  motosikal setiap hari dan keluar rumah kira-kira  
pukul 6 pagi sertapulang sekitar pukul 1 tengah  hari,” katanya ketika 
ditemui di rumahnya di  Kampung Baru.
Tambahnya, arwah masih bujang dan mempunyai  dua anak angkat selain dia seorang lagi ialah  Shamsul Effendi Mat Aris, 27.
sumber : metro 
0 Komentar untuk "
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.