Assalamualaikum!~
Korang suka menangis x, kalau ditanya kepada perempuan, mereka akan berkata " tangisan itu penawar penyakit hati", tapi kalau pula ditanyakan kepada lelaki, " tangisan kami bak mutiara yang sangat berharga". Air mata dengan perempuan itu bak irama dan lagu, kerna no boy no crying.
Tapi bagi lelaki yang tidak faham, tangisan perempuan hanyalah satu kepura-puraan, sememangnya kami kaum yang mudah menangisi, tapi ingatlah tangisan kami untuk suatu kehilangan yang sangat bermakna.
Apa kebaikan menangis?
1. Membantu penglihatan
Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Air mata mengandungi cecair yang disebut lisozom yang membunuh sekitar 90-95% bakteria yang tertinggal dari pegangan tangga, bersin dan tempat mengandungi bakteria dengan 5 minit sahaja.
3. Menstabilkan mood
Bila kita menangis, secara automatik dapat menurun level depresi dan mengembalikan mood seseorang.
4. Melegakan perasaan
Korang perasan tak, bila kita menangis dengan sepuasnya, kita pasti akan berasa lega dan secara automatik air mata menjadi kekeringan.
5. Mengurangkan stress
Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dlm tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Dengan itu,level stress pasti menurun serta dapat mengurang tekanan darah diri.
6. Mengerat hubungan silaturahim
Bila menangis kita pasti berkongsi masalah dgn mereka yang boleh dipercayai, dengan ini dapat mengeratkan hubungan antara korang dgn sesorang yg dapat memberikan sokongan dan nasihat serta dapat meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.
7. Dapat mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil
menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah
faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa
racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.
notakakitanganku : Menangislah wahai teman, andai tangisan itu memberikan anda semangat untuk terus berjuang.
7 Komentar untuk "Menangislah wahai sepasang mata"
menangis juga boleh membuat mata seorg perempuan cantik (mengikut pengalaman sdri) :)
yuyu kuat nangis dan mudah menangis.. huk huk huk... thankz for this info
hahahaha...menagis membuatkan kita lebih ceria lepas tue :)
banyak juge kelebihan menangis ni ye . nice sharing ! :)
sgt setuju dgn semuanya:)
perempuan & airmata x dapat dipisahkan hehehe
nangis dapat melegakan ika :)
ye btul cik rongoks.... :)
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.