Google Malaysia Digodam - #Bangladeshi Hacker

Google Malaysia Digodam - Bangladeshi HackerGoogle Malaysia digodam Bangladeshi Hacker. Info ini dapat dari blog HasrulHassan, yang mana beliau menerima perkhabaran dari seorang sahabatnya, memberitahu bahawa "Google Malaysia telah digodam" dan disedarinya setelah logout akaun Gmail.

Bukan hanya di blog HH, malah rata-rata blogger turut menerbitkan artikel yang sama. Untuk dapat kepastian, aku buka sendiri laman web Google Malaysia menggunakan Firefox..

Alhamdulillah tiada sebarang gambar pelik yang muncul di skrin komputer ini seperti yang dinyatakan dalam screenshot di bawah ini.

Google Malaysia Digodam Hacker

Google Malaysia Digodam - Bangladeshi Hacker

Menurut HH, serangan yang dikatakan Google Malaysia digodam oleh hacker yang mengelarkan diri mereka Tiger-Mate itu adalah satu serangan ke atas DNS (Domain Name Server). Ini bukannya pengodaman sebenar tetapi lebih kepada redirection DNS dan URL melibatkan Google Malaysia.

Kesannya pengguna yang buka laman web Google Malaysia akan redirect ke page ini (deface) -http://zonehmirrors.org/defaced/2015/04/14/google.com.my/google.com.my/

Mana-mana pengguna yang menghadapi masalah berikut, sila gunakan link -  http://google.com/ncr sebagai alternatif untuk melayari Google Malaysia.

Kata blogger HH, ini bukanlah perkara yang serius dan tida perlu risau mengenainya. Huh! risau juga aku mulanya, manalah tahu kalau blogspot pun boleh terkena juga..

3 Komentar untuk "Google Malaysia Digodam - #Bangladeshi Hacker"

kalau tempias gak blogspot camne la . huhuu

Owh..kalau diorang serang DNS juz tukar default DNS kepada open DNS atau Google DNS...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info