Profil Ringkas Hafeez Mikail

Profil Ringkas Hafeez MikailHafeez Mikail adalah pelakon baru yang bakal melonjak namanya dalam dunia lakonan ini. Mana tidaknya, sekarang saja ada dua drama popular lakonanya yang menjadi berjaya menarik minat penonton iaitu Hati Perempuan dan Puteri Bukan Nama Sebenar.

Ada yang bertanya kenapa Hafeez Mikail sedang nama sebenarnya adalah Muhammad Hafiz Bin Muhammad Zaki? Jawapnya, "nama ini kawan-kawan sekolah beri, mereka panggil saya Hafiz, ada seorang senior yang juga kawan saya bernama Mikail dan muka kami sama.

Jadi, kawan-kawan pun panggil saya Hafeez Mikail sampailah ke hari ini nama itu melekat".

Profil Ringkas Hafeez Mikail

Jejaka kacukan Kelantan-Johor ini merupakan penuntut UITM, Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan  Multimedia. Sebenarnya, Hafeez sudar bergelar pelakon sejak berumur 17 tahun tahun lagi dan tahun ini genaplah umurnya 23 tahun (2015).

Profil Ringkas Hafeez Mikail

Disebabkan pelajaran, kerjaya senikan terhenti seketika, tetapi dia masih melakukan kerja sambilan sebagai model iklan komersial seperti Coke, Petronas, Nespray.  Tamat saja sekolah, Hafeez terus terbang ke awan biru sebagai paramugara MAS selama 2 tahun.

Beliau kembali berlakon kini, tanpa dirancang apabila dia diminta untuk mengantikan rakannya yang terikat dengan jadual lain. Inilah yang membawanya kembali dalam dunia lakonan.

Ikuti Perkembangan Hafeez Mikail

Antara drama lakonannya seperti Hati perempuan, Blogger boy, Puteri bukan nama sebenar, Kerana terpaksa aku relakan, Korban kasih dan banyak lagi.

Ikuti perkembangan beliau di laman sosialnya :-

Instagram : hafeezmikail
Twitter : @hafeezmikail

Sumber: SinarOnline
1 Komentar untuk "Profil Ringkas Hafeez Mikail"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info