Hasil Pembelian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M). Aku pasti ramai yang telah berjaya menghabiskan lima keping baucer buku bernilai RM250 setiap pelajar di pengajian tinggi. Yang telah pun tamat pengajian tetapi masih menanti hari konvokesyen juga menerima baucer buku (BB1M), tidak terkecuali lah aku..

Untuk menghabiskan lima keping baucer ni cukup susah bagi aku. Sebabnya, kedai alat tulis First Touch sekarang hanya menerima baucer untuk pembelian buku ilmiah dan buku-buku yang berunsur pembelajaran sahaja, tetapi untuk alat tulis mereka tak terima... Huh! boleh pula macam tu ye?

Okep! alang-alang dah masuk, teruskanlah mencari buku berunsur ilmiah ni hah... Naseb baik aku bawa adik angkat yang bakal menduduki PT3 tahun ini ... So, aku belikan dia buku latihan dan aku berjaya habiskan baucer sebanyak RM100 malam nie.

Baucer Buku 1Malaysia(BB1M) Untuk Buku Ilmiah

Dan ini pula antara buku yang aku beli dengan baucer buku 1Malaysia (BB1M).

Inilah Hasil Pembelian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)
Inilah Hasil Pembelian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Ada lagi tiga keping baucer buku yang aku kena habiskan sebelum 30 Jun 2015. Tak pe, banyak lagi masa, lepas ni nak cari kedai yang boleh beli alat tulis pula, boleh buat koleksi pen ke kan? Hehe..

Atau pun tukar baucer buku kepada wang tunai di BSN ..eh! boleh ke?

0 Komentar untuk "Hasil Pembelian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info