Bumper kereta ada patung, trend ke?

Assalamualaikum !~


blog


Apakah yang berlegar di kepala korang bila melihat gambar di atas?

" Ish, nie mesti, driver tu xtahu patung dia tersangkut kat bumper tue,"

"Sapa laa, yang xde kerja duk letak patung bawah kat bawah keta nie,

Sebenarnya banyak yang boleh kita katakan bila sekali pandang, kalau terlihat patung yang tergantung bila kereta tu sedang bergerak di jalan raya. betul tak.

Benda ini terjadi pada ikaa semalam, masa itu ikaa dengan mak baru balik dari kedai, dan berhenti di traffic light, tertiba ternampak satu kereta berwarna hitam, mybe kereta luar kot sebab no plat dia ada tulisan siam dan pajang dari no plat Malaysia kan. Korang tahu patung apa yang dia letak? patung Spongebob kuning dia gantung kat bumper belakang tue.

Mak ikaa pun katalah " ish, driver tu xtahu kot patung terlekat kat bawah tue," ikaa pun menjawab " aha kan, patung anak dia laa tu" dalam kepala nie terasa nak ketuk ja tingkap kereta dorang, kononnya nak bagitaw patung dorang terlekat tu. Tapi terpaksa matikan idea tersebut sebab lampu dah hijau..huhu

Balik rumah terus bukak busuk.org ( tgk kontest) nampak satu blog wat topic yang sama, baru lah ikaa tahu sebenarnya patung tersebut bukanlah terjatuh atau tersangkut tapi "sememangnya itu budaya org Thailand sebab mereka percaya roh orang mati kemalangan terutamanya kanak-kanak akan berlegar & menganggu mereka memandu, so utk bagi kanak-kanak tersebut tenang, mereka pun pasanglah patung tersebut di bumper belakang, supaya roh orang mati xgangu kereta mereka".

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Surah Ta Ha : 123
Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).
15 Komentar untuk "Bumper kereta ada patung, trend ke?"

pelik ada orang percaya bende2 karut..roh org mati takkan ganggu manusia yang ganggu manusia adalah syaitan atau jin.. :)

budaya nih memang budaya thailand , kalaw betul tuh orang siam , tak hairan larr , tuh kan budaya dye .. hehehe ~

Salam..aaha, ada gak baca tentang ni ikaa..

Jadi, ksimpulannya, itu budaya mereka.. jgn terikut pula..

#aha, ya dear, lana usahakan buat tuto ya..sabar taw.. :)

noh penah nampak ada keta letak patung tu kat uitm waktu konvo aritu...takkan org bumi pun prcaya benda tu??...

pestime nengok patung tu pun da tau, tak elok menda2 yang melibatkan patung ni. tak stylo lgnsg! uhh :/

dah penah nmpk dah kete letak anak patung tuh kt KL ni bbrapa kali..sedih jugakla bila ada org kita pun percaya benda-benda tuh

salah ke letak patung tuh?

bnyk gak tgk kereta letak patung mcm nie skrg...

Cepat sangat terpengaruh kan.. Tapi kekadang tengok comel jugak bear yang dorang jantung dekat kereta dorang tu.. Hekhek..

Salam. ikaa..tuto dah siap :)

Apa2 soalan, emel lana terus ok.

kat: LianaAlias87@gmail.com

Takpun, tnya kat fb fan page lana ya. InsyaAllah, lana jwb.

ha pernah nmpk jgk la org sgkut patung kt keta diorang..emm

lorr syirik rupanye ni.erm igtkan mmg tersangkut.bru solehah tau hal ni

xleh ke sngkt mcm too..klu sngkt lm keta yg mcm kbnyakn owg wt skng bole ke??

ika, tu bukan style skang ke?? cam letak keychain kat bag, skang letak kat kereta... huhu..

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.

Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya : Maka barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepada-Ku maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta."
(Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka”
(Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T. wallahu'alam. :)

ikaa aq copy paste je ni.. hehehe... aq pon ade tgk jgk pat aq,tp ingtkn trend dan sengaja di letakkan d ctu, hahah tp hakikat.. owwhh mcm tu plak

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info