Keberkatan dalam perkahwinan

Assalamualaikum


Sapa sini yang tak nak kahwin atau nak kahwin tapi cerai ?

Semua orang inginkan kebahagiaan dalam perkahwinan sehingga nafasnya yang terakhir. Tapi pernah tak kita fikir cara kita meraikan perkahwinan kini dengan cara zaman mak-mak kita kahwin.

Mungkin ada yang cakap, takkan kita nak ikut cara dulu, dah ketinggalan zaman kan. Kita berada di tahun 2012, so perlu ikut trend semasa baru laa orang panggil " moden " bukan " kuno ".

Apa yang ikaa nak ulaskan kat sini, sebenarnya datang dari pandangan ustaz ikaa petang tadi. Dia cakap " orang sekarang nak kahwin, siap buat kad jemputan, banner, baju pengantin 3 pasang, hantaran ribuan tapi kahwin xsampai setahun "



Ikaa pun terfikir, benar jugak kata dia, bila kahwin, hantaran kita letak mahal, sehinggakan tak mampu untuk pasangan kita berikan, sampaikan dia berhutang dengan along atau sesiapa. Bila buat kad jemputan, mesti akan ada "Bismillahirahmanirahim" atau doa sampingan kan. Kad yang kita bagi tu, tuan rumah akan simpan tak, atau dia buang dan dipijak-pijak ayat tersebut. So macam mana nak dapat keberkatan dalam perkahwinan.

Kalau orang, mungkin akan kata, pandangan ustaz nie lapuk, kuno dan sebagainya, tapi bagi ikaa pendapat dia tu betul. Ikaa pun ada rasa yang sama, sebab kahwin cuma sekali, so mesti kita nak buat meriahkan, tapi sebenarnya kita silap, walimatulurus yang ala kadar lebih berkat dari yang gah tapi xsampai ke mana.

Tepuk dada, tanya hati
2 Komentar untuk "Keberkatan dalam perkahwinan"

Nikmatnya pernikahan. Terasa ingin mendirikan rumah tangga pula. :)

serius. ikutlah syariat Islam dalam apa jua pun bidang.
urusan nikah kahwin pun, nak datang berkatnya ikutlah apa yg dianjurkan Islam.. :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info