Drama Setia hujung nyawa episode akhir

Assalamualaikum

Drama setia hujung nyawa sudah pun sampai kepenghujungnya, jalan ceritanya sebijik macam yang ditulis dalam novel Setia hujung nyawa, berbanding cerita adam dan hawa, yang ada sedikit tolak tambah oleh pengarahnya.


Drama Setia hujung nyawa episode akhir


Btw, seperti yang diharapkan penonton, hubungan Zain dan Elsalina kembali bahagia, apabila Datin Adibah menyesal atas perbuatannya setelah terdengar perbualan mengenai kisah silam anaknya Zain yang sama seperti yang berlaku pada Elsalina. Oleh itu, Datin Adibah mula menerima Elsalina sebagai menantunya semula. Sooooo Suweeeett.

Tapi aku harap akan ada sambungannya Setia Hujung Nyawa 2, sebab Elsalina masih belum bersalin, dan Ikram pula akan setia untuk Elsalina, manakala Hadi masih lagi berdendam dan Eriza masih lagi menanti cinta Zain. Harap-harap sambungannya nanti bagila peluang dekat Ikram pula. Sedey aku tengok tadi.

Drama Setia Hujung Nyawa Episode Akhir




Moral of the story :

"Lelaki baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya", bukannya seperti yang difahamkan oleh seorang remaja nie [..klik sini], setiap orang punya kisah silam yang tak pernah diduga bukan menrancang untuk mendapatkan keburukan tapi rancanglah untuk kebaikan dunia dan akhirat. 
0 Komentar untuk "Drama Setia hujung nyawa episode akhir"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info