Assalamualaikum
"Ayah bagilah balik tangan Ita", adalah tajuk yang digunapakai oleh pihak tidak bertanggungjawap yang tidak tahu apa motifnya dan apa keuntungan yang beliau dapat dari penipuan tersebut. Actually aku rasa, korang sendiri pun pasti ada terbaca artikel sebegini, sama ada cacatan di facebook mahupun di laman blog, beberapa hari yang lepas.
Kini bapanya bersuara "saya meminta pihak tidak bertanggungjawap supaya menarik balik gambar pembohongan tersebut, yang kononnya digambarkan dalam FB tersebut, anak saya Ameera Danii berusia lapan tahun, dipotong tangan kirinya oleh bapanya kerana tidak minat melukis", kata Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37.
“Dalam kes anak saya ini, tangannya terluka ketika bergayut pada sinki
rumah kami pada Ogos tahun lalu selepas sinki itu pecah menyebabkan urat
tangan anak saya putus. Kami menghantarnya ke Hospital Ampang Putri
untuk menerima rawatan dan Alhamdulillah anak saya terselamat, malah
tangan kirinya juga tidak dipotong seperti didakwa dalam cerita yang
tersebar itu,” katanya ketika hadir membuat aduan di pejabat Harian
Metro, semalam.
Mohamad Yazwin berkata, kemungkinan gambar anaknya itu diambil tanpa
kebenaran melalui blog milik isterinya yang memuat naik gambar anak
mereka ketika menerima rawatan di hospital.
“Saya rasa mereka mengambil gambar itu dan membuat cerita seolah-olah kejadian menimpa kanak-kanak terbabit adalah anak saya sedangkan nama kanak-kanak itu Ita.
“Kemungkinan apa yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit yang
mendapat komen ratusan orang memang berlaku namun perbuatan menggunakan
gambar anak saya adalah tidak bertanggungjawab,” katanya.
Sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu
Sumber : myMetro
5 Komentar untuk "Fakta "Ayah bagilah balik tangan Ita""
Jawapan senang: Kalau tangan anak dia kena potong, takdenye ayah dia nak hantar ke hospital.. -_-"
macam2..hehe
seram pulak baca tittle artikel tuh..
benda mcm ni pun boleh org buat main2 x selidik dulu emm
macam2 hal dah sekarang ni
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.