Terima kasih cikgu review

Assalamualaikum


Terima kasih untuk segalanya..

Alhamdulillah hari ini dah genap 2 hari kita berpuasa dan Insyaallah sekiranya diberikan kesihatan yang baik, maka tiada alasan untuk berpuasa kan.

Dan hari ini genap sudah 15hari aku terhindar daripada stress, buku, assignment dan benda-benda yang sering buat aku tertekan, tapi sekarang baru aku sedar betapa bosannya hidup tanpa bahan bacaan. Seyes bosan !

Lalu, terimbas kembali di mana detik-detik aku berhempas pulas bersama teman aku untuk berjuang menghadapi final exam. Dan masa tue jugak aku didatangi seseorang yang aku sendiri tak tahu kenapa aku boley bersembang seolah-olah bertahun lamanya berkenalan.

Ya, dia memang seoarang yang baik dari tutur bicara, paras rupa yang elok, dan sangat suka menyanyi.. yes i like it !

 Terima kasih untuk segalanya

Walaupun aku tertekan dengan peperiksaan yang sangat susah, tapi dalam masa yang sama aku gembira kerna ada orang yang sudi berkongsi stress dengan aku. Katanya "tiada alasan untuk berjaya!" itulah kata semangat yang aku pegang sehingga hari ini.

Mungkin Allah datangkan dia untuk aku bertambah semangat untuk belajar. Alhamdulillah, dia seorang yang pandai mengambil hati, melawak mana taknya bakal seorang guru yang petah berkata-kata. Dan yang paling aku suka dia sangat low profile, kononnya tipu aku bawak kancil pergi kuliah, padahal bawak honda civic kan.

 Syoknya`syoknya kena tipu k.fine !

Actually, seperti yang aku katakan, Allah datangkan dia untuk aku semangat belajar, then aku pun dah habis final, maka Allah dah ambil dia semula dari aku. Walaupun agak perit untuk terima, tapi aku hanya manusia biasa yang tidak mampu melawan Qadaq dan Qadar.

Dan aku doa semoga dia berjaya dalam setiap yang dia impikan. InsyaAllah.

Dan tak lupa jugak, selamat menjalani praktikal Ahad nanti wahai "cikgu review" huhu
1 Komentar untuk "Terima kasih cikgu review"

cikgu review...sape tu yer

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info