Remaja kini, turis tangan bukti cinta

Assalamualaikum

Ada orang kata, CINTA ITU BUTA,

Kawan pulak cakap, "orang yang bercinta itu yang sebenaqnya buta".

Tapi definisi cinta itu sebenarnya korang sendiri yang patut jawapnya, bukan orang lain.

Remaja kini, turis tangan bukti cinta 

Tapi apa pulak yang korang nampak kalau ini dikatakan BUKTI CINTA ??

Bagi aku nie bukan bukti cinta, nie namanya BANGANG dalam bercinta. Sakiti diri sendiri hanya kerana putus cinta, sedangkan berlambak lagi manusia kat luar sana yang korang boleh bercinta. 

Kalau tores nama mak ayah lain laa sikit, mungkin nampak sangat kita sayangkan mak bapak kita yang tiada ganti, tapi nie untuk manusia bergelar kekasih yang belum tentu jodoh.

Wahai adik-adik kat luar sana, ingatlah bercinta bagai nak rak sekali pun andai ALLAH tetapkan yang dia bukanlah jodoh kalian, dia tetap bukan untuk kalian. especially perempuanlah yang selalu aku dengar, putus cinta kelar tangan, sedangkan yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti mungkin jodoh kalian. SIAPA TAHU.

Mungkin akan ada yang cakap, "ko tak tahu macam mana sakitnya putus cinta", memang sakit, sakit yang xdapat lihat lukanya, tapi korang nak ke kalau mati tapi tak disimpan diperkuburan islam???

Jangan risau, setiap kesakitan pasti ada ubatnya, 

Dekatkan diri dengan Allah disaat kita suka mahupun duka, insyaAllah Dia sentiasa ada untuk kita, malah kekecewaan yang kita rasai itu akan digantikan dengan kebahagiaan yang langsung kita tak pernah jangkakan. InsyaAllah.
1 Komentar untuk "Remaja kini, turis tangan bukti cinta"

masa zman jahiliah dulu , pernah gak terpikir nak toreh tangan, ehehehe ~

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info