Assalamualaikum
Terbaru, selepas sebaran mengatakan salji bakal turun di Terengganu, kini dikhabarkan salji telah turun di Kota Kinabalu Sabah. Namun, adakah kenyataan ini benar ataupun rekaan semata-mata seperti khabar angin kononnya Indonesia dituruni salji sedangkan itu hanya salji buatan untuk tarikan pelancong.
Kota Kinabalu : Menurut Satu laporan diserahkan kepada Taman-Taman Sabah oleh ketua ranger,
Martin Mogurin yang menunjukkan terdapat tanda-tanda turunnya salji di
puncak gunung dengan ketinggian 4,101 meter di Crocker Ranger pada
kira-kira pukul 4 pagi.
Martin berkata, petunjuk di gunung itu telah dinyatakan dalam laporan tetapi tidak dapat disertakan dengan gambar kerana keadaan ketika itu gelap. Pegawai Taman-Taman Sabah sedang mengesahkan laporan itu.
Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Zainal Adlin, yang mendakwa bahawa pernah mendaki setiap permukaan Gunung Kinabalu sejak lima dekad lalu berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan gunung itu dilanda salji.
Zainal berkata, ais di gunung itu merupakan perkara biasa, terutama pada awal pagi.
Pengarah Taman-Taman Sabah, Paul Basintal berkata, beliau sedang mengumpulkan maklumat tetapi sangsi dengan keadaan salji itu.Pakar meteorologi Sabah bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan adanya salji turun di Gunung Kinabalu kerana ia berada begitu hampir dengan Khatulistiwa.
"Berlakunya ais, ya, tetapi salji? Tidak mustahil," kata Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin.
Beliau berkata, Sabah mengalami suhu sejuk ekoran angin Siberia yang berlaku dengan jumlah hujan yang tinggi kerana musim monsun timur laut dan tekanan atmosfera rendah di Sabah. Namun, jika benar kenyataan ini, suhu di Kota Kinabalu semestnya mencecah suhu sekitar 1°C hingga -3°C, jika suhu masih lagi sekitar 16°C, itu hanya suhu seperti pasang akon di rumah.
1 Komentar untuk "Fenomena Salji turun di Kota Kinabalu Sabah"
ingatkan betul betul salji
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.