Gelombang kedua Terengganu dilanda banjir

Assalamualaikum

Kita baru saja dengar banjir yang telah melanda terengganu, kelantan dan pahang beberapa bulan yang lalu, trauma yang dirasai oleh penduduk sekitarnya masih belum hilang kini Terengganu dilanda banjir gelombang kedua sekali lagi.

Terengganu
KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua mula melanda Terengganu apabila 155 orang daripada 45 keluarga di daerah Kemaman dipindahkan sejak awal pagi Jumaat.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi Sabtu, tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu, iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang daripada lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang daripada 11 keluarga).
Kesemua mereka mula berpindah ke pusat pemindahan kira-kira pukul 8 pagi Jumaat berikutan kawasan kediaman mereka yang rendah dinaiki air limpahan hujan.
Dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini, daerah Kemaman merupakan kawasan yang teruk terjejas menyebabkan berpuluh ribu orang terlibat dalam musibah itu.
Sementara itu, daerah Kuala Terengganu mengalami cuaca buruk pagi Sabtu dengan angin kencang disertai hujan lebat sekali-sekala. – BERNAMA
0 Komentar untuk "Gelombang kedua Terengganu dilanda banjir"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info