Assalamualaikum
Bicara tentang ilmu blogspot sangat memerlukan kelapangan masa, kesabaran yang kuat, dan daya pemikiran serta kreativiti dalam diri yang perlu ditonjolkan. Ramai yang mengunakan blog sebagai alternatif menjana pendapatan dan berniaga secara online, tapi tidak semua yang tahu bagaimana mengendali blogspot untuk menarik pelayar internet terus ke blog kita. Di sini, aku ingin kongsi sedikit sebanyak ilmu blogspot yang aku gunapakai dalam entri kali ini iaitu cara menarik pengunjung ke blog kita, cara bijak ping-kan entry blog dan tingkatkan pageview blog.
Tingkatkan pageview
Apa yang aku lakukan dalam meningkatkan pageview ke tahap yang ideal ialah kongsikan entri blog ke group facebook blogger yang ramai ahlinya. Malah bagi blogger baru, anda juga boleh melakukan konspirasi dengan blogger lain seperti mana letak feed blog pilihan anda dalam blog anda.
Di samping itu, pastikan blog anda mempunyai loading yang baik (check sini) serta penulisan entri baik juga penting dalam menarik minat pembaca, dan elakkan entri yang berunsur peribadi, tetapi tonjolkan entri mengikut kreativiti anda sendiri. Tak lupa juga, jadilah blogger yang baik dan peramah bukan blogger yang "bodoh sombong".
Tarik pengunjung ke blog
Pengunjung merupakan keutamaan sesebuah blog itu bertapak, pengunjung tidak semestinya blogger tapi pelayar internet yang datang dari pelusuk dunia. Oleh itu, keberkesanan anda dalam mengendali blog sangatlah penting di mana, anda harus mengemaskini entri jangan biarkan enri tidak ber-update, pemilihan entri yang berkualiti mensasarkan kedudukan blog anda di page pertama google.
Malah penampilan blog perlu dititip beratkan terutamanya dari segi susun atur iklan, warna latarbelakang blog serta warna dan jenis font yang digunakan pakai. Dari segi iklan, pastikan iklan diletakkan ditempat yang sesuai dan tidak menutupi ruangan. Seandainya anda terlihat sebarang komen dalam entri anda, pastikan anda tidak terlalu angkuh, tetapi balaslah segala pertanyaan dari pembaca anda yang memerlukan jawapan.
Ping entri blog
Entri yang siap dipaparkan haruslah dikongsikan dengan pelayar internet yang lain untuk perkongsian bersama. Bagi aku, untuk kongsikan entri tidaklah terlalu sukar kerna semakin hari semakin ramai yang menjadikan facebook sebagai alternatif berkongsi info, so jadikan ruangan group blogger di facebook korang sebagai medan pengkongsian entri seperti group Kelab Blogger, Syoknya Blogger, dan sebagainya (check sini).
Selain itu terdapat juga sebuah laman sosial yang bertindak sebagai sumber perkongsian info seperti Busuk.org, Kartikel dan Blogr.my. Maka tidak sukarlah untuk anda memperolehi ilmu dan belajar meningkatkan mutu blog masing-masing.
Semoga perkongsian ilmu blogspot yang aku sampaikan dapat membantu anda sedikit sebanyak, kerna aku sendiri masih lagi belajar dan terus belajar dari blogger-blogger yang terlah berjaya. Kerna ilmu itu tak pernah habis, melainkan minat dalam diri itu sendiri.
Kontes Ilmu Blogspot Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan
ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com
serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net,
DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
5 Komentar untuk "Ilmu Blogspot Blogger Malaysia"
all the best
moga kita sama2 menjadi blogger yg peramah, aah ping dgn fb cara terbaik utk promosi artikel kita..perkongsian yg menarik
Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Ping entri yg penting, cepat dpt pembaca...
Awesome tips ! =DD Mind following my blog ? =) Thank you..
http://ratu-berguling002.blogspot.com/
Singgah dari senarai peserta Ilmu blogspot..blogwalking dari MyCherita..
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.