Keluarga restui perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal

Assalamualaikum

Setelah sekian lama, kisah Aidil Zafuan dan Rita menjadi perbualan hangat umum, kita Aidil dikatakan bakal mendirikan rumah tangga yang kedua dengan mendapatkan restu daripada keluarga. 

Menurut Aidil, " Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema, itu perkara penting bagi pasangan yang ingin berkahwin. Saya tak mahu perkara lama (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi. Insya-Allah kami akan berkahwin pada Mac depan. 

Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya, segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang baik. 

Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah".

Aidil Zafuan dan Zarema Zainal

Semoga perkahwinan yang kedua ini akan lebih membahagiakan, jadikan pengalaman yang lampau suatu pengajaran yang mematangkan. Bak kata perpatah, "air dicincang takkan putus", begitulah restu keluarga adalah kunci kebahagian yang berpanjangan. InsyaAllah. 

sumber :BeautifulNara 
0 Komentar untuk "Keluarga restui perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info