Assalamualaikum
SYDNEY: Seorang lelaki Australia terpaksa ke hospital dalam keadaan
kesakitan selepas usahanya menggunakan sebuah penyedut hampa gas bagi
mengeluarkan seekor lipas besar yang masuk ke telinganya gagal.
Pengalaman pahit Hendrik Helmer dari Darwin bermula awal pagi Rabu apabila beliau bangun dengan kesakitan yang amat sangat di dalam telinga kanannya, lapor Perbadanan Penyiaran Australia.
Pengalaman pahit Hendrik Helmer dari Darwin bermula awal pagi Rabu apabila beliau bangun dengan kesakitan yang amat sangat di dalam telinga kanannya, lapor Perbadanan Penyiaran Australia.
“Saya harap ia bukan seekor labah-labah berbisa. Saya juga harap ia
tidak menggigit saya,” katanya sambil menambah kesakitan itu semakin
teruk ketika beliau cuba mengeluarkan serangga terbabit menggunakan
pembersih hampa gas sebelum memasukkan air ke telinganya.
Rakan serumahnya membawa beliau ke hospital dan doktor meletakkan minyak ke dalam telinga.
Keadaan itu menyebabkan lipas berukuran dua sentimeter itu masuk jauh lebih ke dalam sebelum ia mula hampir mati.
“Hampir 10 minit, ia mula berhenti mengorek tetapi di dalam keadaan hampir mati,” kata Helmer.
Ketika itu, doktor menggunakan forsep ke dalam telinga dan menarik keluar lipas berkenaan.
“Doktor berkata, “Saya sangka ia seekor lipas kecil tetapi saya sudah salah anggap’,” katanya. – AFP
sumber : BH
0 Komentar untuk "Lelaki gagal keluarkan lipas dalam telinga"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.