Lembu disumbat dalam kereta Proton Wira

Assalamualaikum


KULIM: Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam. 

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Chin.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supt C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA 

2 Komentar untuk "Lembu disumbat dalam kereta Proton Wira"

hesy! ada jugak yang buat macam ni ye hukhuk kesian lembu tu

hesy! ada jugak yang buat macam ni ye hukhuk kesian lembu tu

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info