Batu Feringgi - Disahkan dicemari virus E-coli

Assalamualaikum

E-coli mulai dikesan di Batu Feringgi

Bahaya! Sungai Batu Ferringhi Dicemari Bakteria E-Coli | Ujian sampel air di Sungai Batu Ferringhi, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati ia mempunyai elemen bakteria e-coli (Escherichia coli).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk tindakan lanjut.


"Kami juga meminta Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan terhadap tangkapan hasil laut di sekitar perairan kawasan Batu Ferringhi sama ada mempunyai elemen bakteria e-coli atau tidak," katanya ketika dihubungi disini, hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi di sini yang merupakan kawasan tumpuan pelancong bertukar hitam dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan selain berdepan masalah hakisan pantai yang serius.


Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, pihaknya menyerahkannya kepada MPPP untuk makluman balas.


"Saya tidak mahu menambah apa lagi. Biarlah MPPP yang memberi makluman balas. Ini isu IWK. MPPP akan keluarkan kenyataan mengenai perkara ini," katanya selepas melancarkan perkhidmatan BEST (Bridge Express Shuttle Transit) Bertam - Komtar, di sini. - BERNAMA

1 Komentar untuk "Batu Feringgi - Disahkan dicemari virus E-coli"

Teringat cikgu kimia saya dulu, bawa sekeluarga mandi kolam dekat chalet. Satu keluarga masuk hospital sebab infected dengan virus ni.

10 TIPS Merangsang Kehamilan

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info