Drama Aku Isterinya Episode Penuh

Assalamualaikum

Drama Aku Isterinya merupakan slot akasia tv3 yang mengantikan drama drama jika itu takdirku bakal mencetuskan fenomena baru selepas drama-drama adaptasi dari novel sebelum ini. 



"Aku Isterinya" ini diadaptasikan daripada sebuah novel yang bertajuk "Aku Bukan Mistress" karya Acik Lana. Drama bersiri terbaru ini akan menggunakan tajuk AKU ISTERINYA yang bakal menghiasi kaca televisyen bermula 2 April 2014. Drama siri romantik ini dibintangi oleh dua pelakon utama iaitu Izzue Islam sebagai Mikail dan Anzalna Nasir sebagai Mya Arlissa. Diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Fairuz Loy hasil terbitan Global Station. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.

Sinopsis Aku Isterinya

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Drama Aku Isterinya Episode Penuh 

Aku Isterinya - Episode 1
Aku Isterinya - Episode 2
Aku Isterinya - Episode 3
Aku Isterinya - Episode 4
Aku Isterinya - Episode 5
Aku Isterinya - Episode 6
Aku Isterinya - Episode 7
Aku Isterinya - Episode 8
Aku Isterinya - Episode 9
Aku Isterinya - Episode 10
Aku Isterinya - Episode 11
Aku Isterinya - Episode 13
Aku Isterinya - Episode 14
Aku Isterinya - Episode 15
Aku Isterinya - Episode 16
Aku Isterinya - Episode 17
Aku Isterinya - Episode 18

Aku Isterinya - Episode 19
Aku Isterinya - Episode 20
Aku Isterinya - Episode 21
Aku Isterinya - Episode 22
Aku Isterinya - Episode 23
Aku Isterinya - Episode 24
Aku Isterinya - Episode 25
Aku Isterinya - Episode 26
Aku Isterinya - Episode 27
Aku Isterinya - Episode 28 Akhir 
4 Komentar untuk "Drama Aku Isterinya Episode Penuh"

salam. nice sharing :)
menabung colgate kat sini :)

bukak tv3 ada aku isterinya prima pulak dia suamiku.. alahai .. setengah bintang..

Best cite ni

Mmang best

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info