Drama Rindu awak 200% bakal menemui anda 15 Julai nanti

Assalamualaikum

Drama Rindu Awak 200% bakal mengantikan drama "Kerana Terpaksa Aku Relakan" dalam slot Akasia di TV3 jam 7pm - 8pm. 


Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. Pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi dan ramai lagi. Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Nantikan drama Rindu Awak 200% akan bersiaran di slot Akasia TV3. Segala maklumat terbaru akan dikemaskini kelak.


Sinopsis Drama Rindu Awak 200%

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Barisan pelakon Drama Rindu Awak 200%
Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
Mimi Ernida sebagai Daria
Zuhairi sebagai zahirin
Jonathan Putra  sebagai Raizil 
Adeline Tsen sebagai Irene
Karl Shafek Ibrahim  sebagai Ilhan Darwisy
Afzan A.Rahman  sebagai azad 
Fazahmaddaud sebagai Raziqah
Fathildani sebagai Iqbal
Fazah Mad Daud
Ika Nabella



0 Komentar untuk "Drama Rindu awak 200% bakal menemui anda 15 Julai nanti"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info