Karipap Bazar Ramadan yang kedekut "Inti"

Assalamualaikum

Wahai Peniaga Bazar Ramadan, Kalau Camni Siapa Tak Marah

Ramadan adalah bulan yang penuh pahala dan keberkatan. Kalau kita tahu keistimewaan bulan ramadan pasti kita mahu ramadan ini berpanjangan sepanjang tahun.

Namun begitu, di bulan ramadan ini, masih ada kalangan masyarakat yang mengambil kesempatan dengan menipu dan langsung tidak menghormati bulan tersebut.

Kalau anda melihat di atas, apakah yang terlihat di fikiran anda?

Ya, mungkin ada yang akan berkata, segala bahan mentah naik harga, maka juadah kuih-muih pun perlu dikurangkan dari sepatutnya dan harga dinaikkan kepada 3biji RM1.

Sepatutnya dibulan yang mulia inilah kita mencari pahala, bukan membuat dosa yang tidak nampak. Kalau rasa inti untuk buat kuih karipap ini terlalu mahal, maka letaklah harga mengikut kesesuaian, bukannya indah diluar tapi teruk di dalamnya.


2 Komentar untuk "Karipap Bazar Ramadan yang kedekut "Inti""

oksigen penting kut...boleh buat bantuan oksigen kalan kecemasan..karipan emergency org pangei

lahai...jgn laa buli pembeli..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info